Skip to main content

Selebriti

Sukan Komanwel Glasgow 2026: Gagal Raih Pingat Gangsa, Sharul Aimy Luah Rasa Kecewa - “Empat Tahun Saya Tunggu…”

Sukan Komanwel Glasgow 2026:  Gagal Raih Pingat Gangsa, Sharul Aimy Luah Rasa Kecewa - “Empat Tahun Saya Tunggu…”

Sekilas

  • Muhammad Sharul Aimy kecewa selepas gagal meraih pingat gangsa dalam acara melombol di Sukan Komanwel Glasgow 2026 walaupun sudah menanti momen itu selama empat tahun.
  • Sharul berkongsi bahawa dia telah memberikan segala usaha walaupun menghadapi kesakitan, pembedahan, dan badan yang tidak dapat berfungsi sepenuhnya.
  • Netizen memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada Sharul selepas dia terlepas podium kerana keputusan tie-break dengan pesaing dari Cyprus.
Advertisement

Gimnas Negara, Muhammad Sharul Aimy meluahkan rasa terkilan selepas gagal meraih pingat gangsa dalam acara melombol di Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Menerusi Threads, Sharul berkata dia telah menantikaan saat tersebut selama empat tahun, namun akhirnya terpaksa akur dengan keputusan yang disifatkan mengecewakan itu.

Advertisement

“Empat tahun saya tunggu momen ini. Saya sangat kecewa dengan keputusan dan sedih ia berakhir seperti ini,”tulisnya.

Dalam masa sama, Sharul turut berkata bahawa dia telah memberikan segalanya dalam acara tersebut meskipun badannya tidak dapat memberikan kerjasama sepenuhnya.

“Ia adalah sebuah perjalanan yang penuh dengan kesakitan, pengorbanan, pembedahan dan keraguan. Saya dah beri segalanya yang saya mampu, walaupun badan saya tidak dapat memberikan 100 peratus.

Advertisement

“Terima kasih Sukan Komanwel Glasgow 2026,”ujarnya.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai dengan rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat buat atlet kebangsaan itu.

“Stay strong. Kamu dah lakukan yang terbaik.

“Tidak mengapa hero. Kami sangat bangga dengan awak.

“Tahniah anak muda, anda sudah pun berjuang. Berbanggalah,”komen netizen.

Terdahulu, Shahrul terlepas peluang menaiki podium apabila berkongsi mata sama dengan gimnas Capyrus, Neofytos Kyriakou, namun terpaksa berpuas hati di tempat keempat menerusi penentuan tie-break. 

Anda mungkin berminat dengan

🇲🇾Men’s jeans jacket sesuai lelaki meaterial denim /Big size Men’s Denim Jeket🤝🔥⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

🇲🇾Men’s jeans jacket sesuai lelaki meaterial denim /Big size Men’s Denim Jeket🤝🔥⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

adidas Football Japan 26 Home Pre Match Jersey Men White JZ9706

adidas Football Japan 26 Home Pre Match Jersey Men White JZ9706

JOOLA PROTON SELKIRT sports anti-sweat armband, soft, smooth, absorbent and protects wrist joints

JOOLA PROTON SELKIRT sports anti-sweat armband, soft, smooth, absorbent and protects wrist joints

SAFETY SHOE JENIS SPORT LATEST DESIGN

SAFETY SHOE JENIS SPORT LATEST DESIGN

Short Sleeve T-shirt Set Men Summer Two Piece Sets Baju T Shirt Lelaki Sports Set Men Fashion Casual Set Summer Korean Short-sleeved T-shirt Men's Two-piece Shorts T-shirt

Short Sleeve T-shirt Set Men Summer Two Piece Sets Baju T Shirt Lelaki Sports Set Men Fashion Casual Set Summer Korean Short-sleeved T-shirt Men's Two-piece Shorts T-shirt

Everlast Unisex Adults Bronx Backpack (Black) - Sports Direct One Size

Everlast Unisex Adults Bronx Backpack (Black) - Sports Direct One Size

Must Watch Video

Advertisement