Skip to main content

Selebriti

Tak Kekok Bergaul Mesra Dengan Penari Cilik, Ara & Ayden Raih Pujian Netizen - “Dah Boleh Daftar Masuk Zapin…”

Tak Kekok Bergaul Mesra Dengan Penari Cilik, Ara & Ayden Raih Pujian Netizen - “Dah Boleh Daftar Masuk Zapin…”

Sekilas

  • Ara dan Ayden, anak pelakon Bella Astillah, dilihat mesra bergaul dengan penari cilik semasa majlis kenduri rakyat di Muar.
  • Ara menunjukkan minat terhadap tarian zapin dan disarankan untuk mendaftar kelas tarian tersebut oleh individu yang berkongsi video itu.
  • Netizen memuji sikap peramah dan sopan anak-anak Bella yang pandai membawa diri ketika bergaul dengan orang ramai.
Advertisement

Seorang individu mencuri perhatian apabila berkongsi video anak-anak pelakon, Bella Astillah iaitu Ara dan Ayden yang dilihat mesra bergaul dengan penari cilik ketika menghadiri majlis kenduri rakyat Muar sempena perkahwinan Bella dan ahli parlimen Muar, Syed Saddiq.

Menerusi perkongsian di Threads, Ara dan Ayden dilihat beberapa kali menghampiri meja penari berkenaan untuk menyantuni mereka.

Advertisement

Individu itu turut mendedahkan bahawa Ara sangat menyukai tarian zapin, malah sempat berseloroh menyarankan Bella dan Syed Saddiq mendaftarkan anak mereka ke kelas tarian tersebut.

“Comelnya Ayden dan Ara. Kejap kejap datang meja nak kawan dengan abang dan kakak. Ara girl ni suka zapin tau. Comel. Dah boleh daftar Ara masuk zapin ni Bella dan Syed Saddiq,” tulisnya.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang memuji sikap Ara dan Ayden yang peramah serta pandai membawa diri ketika bergaul dengan orang ramai.

Advertisement

“Mereka sangat peramah. Kecil-kecil dah berjiwa rakyat.

“Pandainya mereka berdua membawa diri dan bergaul dengan orang ramai.

“Sopan dan comel anak-anak Bella membawa diri dan meraikan tetamu. Tak sombong, tak berlagak dan tak kekok dengan orang ramai.

“Anak artis tetapi sebab ibu dia didik anak supaya tak berlagak, anak-anak pun jadi macam ibu dia yang peramah,” komen netizen.

Sekadar info, Syed Saddiq dan Bella sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober 2026 dengan sekali lafaz.

Anda mungkin berminat dengan

Emas Jaguar (6.86g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 50CM + Loket Love Ace (416500201+LA756)

Emas Jaguar (6.86g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 50CM + Loket Love Ace (416500201+LA756)

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement