Skip to main content

Selebriti

Tak Pernah Sertai Mana-Mana Pertandingan Sejak 2007, Soraya Borhan Cabar Diri Keluar Zon Selesa - "Saya Tak Pernah Kalah"

Soraya Borhan sinar

Sekilas

  • Soraya Borhan dinobatkan sebagai juara Penyampai Emas SINAR 2026 selepas menyertai pertandingan itu secara suka-suka dan menganggapnya seperti rutin harian di radio.
  • Walaupun sudah lama dalam industri penyiaran, Soraya mengaku masih berasa gemuruh dan tidak menjangka kemenangan tersebut kerana takut mengecewakan harapan orang ramai.
  • Ini adalah penyertaan pertama Soraya dalam pertandingan radio, yang dianggapnya sangat istimewa dan sebagai cabaran untuk keluar dari zon selesa selepas berkhidmat sejak 2007.

Juara penyampai emas SINAR 2026, Soraya Borhan meluahkan rasa teruja selepas dia berjaya memenangi pertandingan tersebut sambil berkongsi tujuan sebenar penyertaannya.

Menurut Soraya, dia menyertai pertandingan tersebut sekadar suka-suka dan menggangap setiap tugasan yang diberika umpama seperti menjalani rutin hariannya ketika bersiaran di radio.

"Saya gembira sebab bagi saya semua orang ada kelebihan masing-masing. Saya menggangap pertandingan ini seperti saya sedang melakukan 'on air' dan hanya sekadar suka-suka.

"Sejak saya masuk pertandingan ini, saya huru-hara sebab saya perlu uruskan kesemua benda dalam satu masa sebab pertandingan ini banyak cabaran dan tugasan. Jadi, huru-hara tersebut amat berbaloi," katanya kepada Gempak.

Soraya berkata demikian selepas tamat pertandingan akhir Penyampai Emas SINAR 2026 serta sidang media pengenalan barisan penyampai baharu SINAR yang berlangsung di Forest Valley Hall, Cheras pada Jumaat.

Dalam pada itu, Soraya mengakui dia tetap berasa gemuruh sepanjang pertandingan meskipun sudah lama berkecimpung dalam industri penyiaran radio.

Katanya, dia tidak menjangkakan kemenangan tersebut meskipun ramai yang menaruh harapan padanya.

"Walaupun saya dah biasa buat perkara seperti ini tetapi saya masih rasa gementar. Sejujurnya, saya sedikit takut tidak menepati jangkaan orang ramai.

"Walaupun ramai memberi ramalan saya boleh menang, saya tidak menjangkakan kemenangan ini sebab saya tahu saya seorang yang bercita-cita tinggi. Saya takut kalau saya anggap diri saya nombor satu, saya akan kecewa dengan harapan sendiri," ujarnya.

Dalam masa sama, Soraya turut berkongsi bahawa pertandingan tersebut sangat istimewa buatnya kerana ia merupakan penyertaan pertamanya dalam mana-mana pertandingan radio, selain ingin mencabar diri untuk keluar dari zon selesa.

"Saya tak pernah masuk pertandingan kecuali ketika zaman sekolah. Saya tak pernah kalah. Sebab itu saya tertekan kalau saya tak menang pertandingan ini. Ia pertandingan yang sangat istimewa sebab saya tak pernah masuk pertandingan radio.

"Saya nak keluar dari zon selesa sebab saya dah ada dalam radio sejak 2007, jadi saya nak ada kenangan sendiri sebab ia bukan senang untuk sampai ke tahap ini," jelasnya.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement