Skip to main content

Selebriti

Abiejam Tuntut Azar Azmi Bayar Hutang RM15,000 - “Kalau Saya Menipu, Sanggup Disaman Sebab Ada Bukti”

Abiejam tuntut hutang

Sekilas

  • Abiejam dakwa pelakon Azar Azmi belum bayar hutang RM15,000 sejak enam tahun lalu yang diberikan untuk bantu mulakan perniagaan.
  • Abiejam ada bukti kukuh dan sudah cuba hubungi Azar tapi tiada jawapan, serta sedia berdepan tindakan jika dakwaan palsu.
  • Selain itu, Abiejam buat tiga laporan polis terhadap bekas pekerja atas dakwaan pecah amanah dan terima ugutan sehingga ambil tindakan undang-undang.

Abang kepada pempengaruh dan usahawan, Siti Jamumall iaitu Abiejam tampil mendedahkan dan mendakwa pelakon Azar Azmi masih belum melunaskan hutang berjumlah RM15,000 sejak enam tahun lalu.

Abiejam atau nama sebenarnya Mohd Khairul Nizam Wahiddin, mendakwa wang itu diberikan kerana mahu membantu pelakon itu memulakan perniagaan termasuklah menyediakan barangan perniagaan serta sokongan bagi siaran langsung di platform media sosial.

“Memang lama saya simpan benda ini, tapi sampai sekarang senyap bila tengok nama dia tengah ‘naik’ dan jadi perhatian, saya rasa ini masa untuk dia tampil jelaskan.

“Ini bukan soal tumpang glamor tapi ini soal hutang jadi jangan lari, dia datang tu kita memang niat nak bantu waktu tengah susah kami beri barang bukan sikit lebih RM15,000 untuk dia (Azar) mula berniaga dan bangkit semula.

“Tapi selepas dapat semua tu Azar terus hilang, saya hubungi pun tidak dijawab, mesej tak balas sampai sekarang,” katanya.

Malah Abiejam juga mendakwa mempunyai bukti kukuh berhubung bantuan yang diberikan dan sedia berdepan sebarang tindakan sekira kenyataannya tidak benar.

“Kalau saya menipu, saya sanggup disaman sebab saya ada bukti mengenai semua ini, rasanya semua tahu sebab ada sosial media kan jadi boleh tengok balik video lama," luahnya.

Tambah Abiejam lagi, sepanjang tempoh enam tahun itu dia dan pihaknya mencuba pelbagai cara untuk menjejaki pelakon berkenaan namun usaha tersebut menemui jalan buntu.

“Sekarang bila nama dia kembali disebut-sebut di media sosial, saya cuma nak ingatkan… kau pernah ada hutang dengan aku, hutang tetap hutang” tambahnya.

Bagaimanapun, Abiejam tidak menolak kemungkinan untuk menyelesaikan perkara tersebut secara baik.

Namun menegaskan Azar perlu tampil berjumpa dengannya terlebih dahulu.

Sementara itu, Abiejam telah membuat tiga laporan polis terhadap bekas pekerjanya iaitu penasihat undang-undang, penasihat kewangan dan bekas pengurus berhubung dakwaan pecah amanah sehingga mengakibatkan syarikat Jamumall kerugian hampir RM 2 juta serta barang kemas miliknya turut dilarikan.

Selain itu, dia juga turut menerima ancaman ugutan daripada salah seorang individu terbabit menyebabkan terpaksa mengambil tindakan undang-undang.

Anda mungkin berminat dengan

INCERUN Men's Clear Color silhouette button up shirt

INCERUN Men's Clear Color silhouette button up shirt

4 Pcs Set Seluar Dalam Lelaki Seluar Boxer Lelaki, Bahan Sutera Ais, Saiz L-6XL, Rekaan Jaringan Sukan Spandeks

4 Pcs Set Seluar Dalam Lelaki Seluar Boxer Lelaki, Bahan Sutera Ais, Saiz L-6XL, Rekaan Jaringan Sukan Spandeks

(HARGA BORONG) MEN JERSEY T-SHIRT MALAYSIA LONG ON SLEEVES (BAJU JERSI LELAKI LENGAN PANJANG MALAYSIA) PJ

(HARGA BORONG) MEN JERSEY T-SHIRT MALAYSIA LONG ON SLEEVES (BAJU JERSI LELAKI LENGAN PANJANG MALAYSIA) PJ

【 House Slipper 】 Japanese Comfortable Sole Shower Slippers House Slippers Indoor Slipper Home Sandas 家用男女拖鞋

【 House Slipper 】 Japanese Comfortable Sole Shower Slippers House Slippers Indoor Slipper Home Sandas 家用男女拖鞋

Yooka Men Hoodies Half Sleeve With Hood 220GSM Hoodie Outerwear Sweater Losse-fitting Top Lelaki 11 colors available

Yooka Men Hoodies Half Sleeve With Hood 220GSM Hoodie Outerwear Sweater Losse-fitting Top Lelaki 11 colors available

Eaglade Tactical Cargo Pants for Men In Grey Stretchable Waterproof IX9-Stretch

Eaglade Tactical Cargo Pants for Men In Grey Stretchable Waterproof IX9-Stretch

Must Watch Video

Advertisement