Skip to main content

Selebriti

Tak Salah Pempengaruh Keluarkan Lagu Raya, Ajai; "Undang-Undang Tak Halang Sesiapa, Tetapi..."

WhatsApp Image 2026 03 01 at 12.34.53 AM

Sekilas

  • Ajai menyokong trend pempengaruh menghasilkan lagu raya kerana ia memeriahkan suasana perayaan dan setiap individu berhak berkarya.
  • Beliau menegaskan pentingnya mengekalkan elemen tradisional dan unsur kemelayuan dalam lagu raya supaya ia kekal menyentuh hati pendengar.
  • Ajai juga mengingatkan agar lagu raya tidak hanya berentak rancak mengikut trend, tetapi perlu ada keseimbangan dengan lagu rentak perlahan.
Advertisement

Penyanyi dan komposer terkenal, Ajai berkongsi pandangannya mengenai peningkatan trend pempengaruh menghasilkan lagu raya Aidilfitri sejak kebelakangan ini.

Menurut Ajai, setiap individu berhak untuk menerbitkan lagu raya kerana ia mampu memeriahkan suasana perayaan.

Advertisement

Namun, dia menegaskan elemen tradisional perlu terus diketengahkan agar lagu raya kekal menyentuh hati pendengar.

“Tak salah orang nak buat lagu raya kerana ia lebih meriah. Tetapi kita kena ketengahkan juga tradisi kita termasuklah melodi, bunyian dan kemeriahan rentak hari raya itu sendiri. Unsur kemelayuan adalah aspek utama dalam lagu raya supaya ia lebih menyentuh hati,” katanya kepada Gempak.

Ajai berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu Yang Engkau Mahukan di Hotel St. Giles Boulevard, Kuala Lumpur pada Khamis.

Mengulas lanjut, Ajai turut menjelaskan bahawa tiada undang-undang yang menghalang sesiapa untuk berkarya dalam menghasilkan lagu raya.

“Tak salah generasi sekarang nak masukkan gaya semasa dalam lagu raya. Undang-undang tidak menghalang sesiapa untuk buat lagu raya. Kita tak boleh menghalang mereka, masing-masing ada rezeki dan penerimaan tersendiri,” ujarnya.

Bagaimanapun, Ajai turut berpandangan bahawa lagu raya masa kini dilihat semakin banyak berentak rancak sehingga rentak perlahan kian tenggelam kerana mengejar trend semasa.

“Pada pemerhatian saya, kita semakin kekurangan lagu rentak perlahan. Ramai hasilkan lagu rancak untuk ikut trend. Perlu ada individu yang mengisi ruang itu supaya ada kelainan dan keseimbangan,” tambahnya.

Terdahulu, seorang pempengaruh menerima kritikan di media sosial apabila lagu dan muzik video bertema raya yang dihasilkan didakwa mempunyai unsur budaya serta agama lain.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement