Pelakon, Nadzmi Adhwa mencuri perhatian netizen apabila dimarahi isterinya, Ardell Aryana, gara-gara tidak berhenti bercakap seolah-olah peranan mereka tertukar kerana sinonimnya isteri yang sering dikaitkan dengan sifat banyak berbicara.
Menerusi hantaran TikTok Live milik Adhwa yang dikongsi seorang pengguna Threads, Ardell dilihat pasrah melayan kerenah suaminya terutama ketika Adhwa berada dalam keadaan penat.
Advertisement
"Saya bukan macam tu. Awak tau la saya jenis macam mana. Saya tak sabar nak pergi dah. Dapat tengok awak pun cukup dah. Saya dah okay dah," kata Nadzmi.
"Sekarang ni awak pergi rehat, awak pergi balik, drive leklok. Stop kerja. Nanti saya tolong awak niaga," balas Ardell.
Namun, Nadzmi tetap menjawab setiap arahan isterinya sehingga membuatkan Ardell mula ‘naik angin’.
"Cuba jangan menjawab. Sekarang ni pergi rehat, lagi awak penat lagi banyak awak membebel," ujar Ardell.
Aksi pasangan ini nyata mencuit hati netizen yang rata-rata terhibur serta mengakui sikap Adhwa sememangnya begitu sejak sebelum berkahwin.
"Adhwa memang begini dari dulu sebelum kahwin dengan Ardell.
"Lelaki yang jaga anak, good wife.
"Ya Allah comelnya, semoga Allah melindungi Ardell.
"Tertukar roh! Maaf tergelak.
"Adhwa stress sangat tu sebab memikirkan keselamatan Ardell. Semoga dipermudahkan segala urusan," komen netizen
Ardell kini sedang mengikuti Misi Global Sumud Flotilla bagi menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang terkepung di Semenanjung Gaza bersama Zizi Kirana.
Sekadar info, Nadzmi dan Ardell telah mendirikan rumah tangga mereka pada 1 September 2019. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dua cahaya mata aitu Arwa Malaikha Urwa dan Arwa Uthman Affan.