Skip to main content

Selebriti

"Tuju Kat Dahlia Ke?" - Netizen Anggap Bangstyle Rambut Hanya Sesuai Untuk Wajah Tertentu, Nama Putri Dahlia Jadi Sebutan

Scha alyahya dan putri dahlia bangstyle

Seorang pengguna di Threads mencuri perhatian apabila berkongsi foto Scha Al-Yahya dengan gaya rambut bangstyle dan mendakwa hanya Scha sahaja yang benar-benar sesuai menggayakannya.

Menurut individu berkenaan, gaya rambut sebegini sangat bergantung pada bentuk muka kerana jika tersilap, ia boleh menghasilkan imej yang kurang menarik.

Advertisement

"Bangstyle hair macam ni scha seorang je sesuai, kena dengan face card dia," tulisnya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan tersebut dan memuji kecantikan pelakon drama popular Awan Dania itu.

"Ni mesti sebab tengok anak Nora tu kan.

"Omg awak tujukan pada dahlia ke.

"Bukan macam anak nora tu.

" Microbangs ni tak semua sesuai tapi memang lawa dekat Scha.

" Tak semua orang sesuai tapi scha memang Nampak kena dengan gaya dia.

"Muka ada jawline lawa la buat bangstyle, kalau muka bulat dah macam Dora The Explorer pula.

"Scha muka dia macam oval atau Diamond. Kalau bang buat dekat muka bulat memang tak sesuai," komen netizen.

Terdahulu, Dahlia menyorot perhatian netizen selepas tidak lagi mengenakan hijab. 

Menurutnya, keputusan tersebut dibuat atas pilihan peribadi dan bukan kerana mahu mencetuskan kontroversi.

Must-Watch Video

Advertisement