Sekilas
- Video tular di Threads menunjukkan seorang wanita menyerbu suaminya yang didakwa curang dengan wanita lain di hadapan anak mereka.
- Suami dalam video tersebut dilihat cuba mempertahankan diri dan mengeluarkan kata-kata kesat sebelum cuba merampas telefon isteri.
- Warganet meluahkan rasa kesal kerana situasi tegang itu berlaku depan anak kecil dan menggesa penyelesaian tanpa melibatkan anak.
Di Threads, tularnya satu video memaparkan seorang wanita yang menyerbu suaminya yang didakwa berlaku curang dengan wanita yang dipercayai merupakan skandalnya.
Menerusi video berdurasi 25 saat itu, kedengaran wanita berkenaan menahan kemarahan sambil merakam wajah skandal kepada suaminya yang kelihatan tenang di dalam kereta.
“Memang aku nak tularkan video perempuan ini.
“Perempuan sundal, perempuan penyondol,” ujarnya.
Situasi kemudiannya menjadi semakin tegang apabila si suami dilihat cuba mempertahankan diri dan dilihat seakan mahu memukul wanita itu di hadapan anak mereka yang sedang duduk di atas jalan.
Lebih mengejutkan apabila si suami turut mengeluarkan kata-kata kesat sebelum mencuba untuk merampas telefon bimbit isterinya.
“Woi puk*m*k, kau kenapa?,” jerit lelaki itu.
Perkongsian tersebut kemudiannya menyorot perhatian ramai. Menjengah ke ruangan komen, warganet meluahkan rasa kesal dengan situasi tersebut yang berlaku di hadapan anak mereka yang masih kecil.
“Kalau libatkan anak dan naik tangan dekat isteri, memang jantan tak guna.
“Kakau curang, selesaikanlah dengan pasangan. Kenapa sampai libatkan anak? Mesti dia trauma,” komen netizen.
Sumber: Threads