berita
Vernon Seventeen Malu Wajah Disamakan Dengan Leonardo Dicaprio
Anggota kumpulan Seventeen, Vernon mengakui malu apabila wajahnya sering dikatakan mirip aktor Hollywood popular, Leonardo Dicaprio ketika di usia remaja.
Menurut laporan Koreaboo, Vernon mengakui dia bersyukur kerana dianugerahkan wajah begitu.
"Sebenarnya ramai yang mengatakan wajah saya seiras Leonardo Dicaprio.
"Namun perkara itu akan membuat saya malu kerana bagi saya dia begitu hebat jika hendak dibandingkan dengan saya.
"Mungkin wajah saya mirip Leonardo Dicaprio kerana latar belakang saya berdarah kacukan Korea-Amerika,"katanya.
Tambah Vernon, walaupun kini hampir tiga tahun bergelar selebriti, dia masih mengamalkan hidup yang sederhana.
"Gaji saya akan dimasukkan secara automatik ke akaun ayah. Saya hanya menggunakan royalti muzik untuk meneruskan kelangsungan seharian.
"Walaupun bergelar selebriti saya mengamalkan gaya hidup yang sederhana sama seperti sebelum ini," jelasnya.
Sumber: Koreaboo
Must-Watch Video