Skip to main content

Viral

Video Pelajar 'Bergurau' Hayun, Hentak Kelangkang Di Tiang Besi, Asyraf Wajdi Harap Polis Segera Bertindak!

asyraf_wajdi

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa pihak polis segera bertindak tegas terhadap sekumpulan pelajar di sebuah institusi pengajian yang melakukan gurauan melampau ke atas seorang pelajar lain.

Kata beliau, bergurau secara melampau juga adalah satu bentuk buli dan semua pelaku wajib didakwa agar menjadi pengajaran penting.

Advertisement

"Harap pihak polis dapat segera bertindak. Perbuatan seperti ini tidak boleh sesekali dikompromikan atau didiamkan atas alasan gurauan.

"Apakah kita hendak menunggu sehingga kecederaan kekal mahupun kematian baru hendak bertindak?" ujarnya menerusi laman Facebook.

Dalam hantaran sama, beliau turut berkongsi video yang memaparkan lima pelajar memegang kaki dan tangan seorang pelajar lain dan dengan sengaja ‘menghayunkan’ bahagian kelangkangnya ke arah tiang sebuah papan tanda.

Dalam masa sama, terdapat sekumpulan pelajar lain menjadi ‘penonton’ dan mereka hanya ketawa selepas perbuatan itu dilakukan.

Must-Watch Video

Advertisement