Skip to main content

Selebriti

“Walaupun Kami Berlainan Agama…” - Adam Corrie Tetap Mahu Berada Di Sisi Mendiang Ibu Sebagai Tanda Penghormatan

Adam Corrie Ibu

Sekilas

  • Pelakon Adam Corrie tetap berada di sisi ibunya yang meninggal dunia walaupun berlainan agama sebagai tanda penghormatan dan kasih sayang.
  • Adam menegaskan dia menjaga batas syariat Islam dan tidak memutuskan hubungan kekeluargaan walaupun berbeza agama.
  • Urusan pengurusan jenazah ibunya selesai di hospital dan kini mendiang berada di kuil untuk penghormatan terakhir sebelum disemadikan pada hari Rabu.

Berlainan agama tidak menghalang pelakon Adam Corrie untuk berada di sisi ibunya yang meninggal dunia pada Sabtu lalu sebagai tanda penghormatan dan kasih sayang.

Menerusi perkongsian di Threads, Adam bagaimanapun berkata dia tetap akan menjaga batas agar tidak melanggar syariat sebagai seorang Muslim.

“Walaupun saya dan ibu berlainan agama, sebagai seorang anak saya tetap berada di sisi hingga ke akhirnya itulah tanda penghormatan dan kasih sayang.

“Sebagai seorang Muslim, saya menjaga batas agar tidak melanggar syariat. Kerana Islam tidak pernah memutuskan hubungan kekeluargaan.
Tambahan pula, ini ibu yang melahirkan kita,” kongsinya.

Pada perkongsian yang sama, Adam meluahkan rasa syukur segala urusan pengurusan ibunya di hospital sudah selesai dan kini mendiang berada di kuil untuk saudara memberi penghormatan terakhir sebelum disemadikan pada Rabu nanti.

“Pagi tadi (Ahad) selesai urusan di hospital, kini  mendiang ibu dibawa ke temple untuk sanak saudara memberi penghormatan terakhir, sebelum disemadikan pada hari Rabu ini,” katanya lagi.

Pada Sabtu, Adam Corrie Lee dengan berat hati mengumumkan kehilangan ibu tercinta menerusi hantaran di media sosial.

Adam meluahkan rasa sedih atas kehilangan insan tersayang dan memohon ruang untuk memberi tumpuan pada urusan terakhir mendiang.

Must-Watch Video

Advertisement