Big Stage 2020

“Hanie Soraya Patut Rasa Tekanan” - Faizal Tahir Tidak Tahu Bekas Anak Didik Sertai Big Stage 2020

gempak
Azwa Rahman
05/08/2020
06:48 MYT
Sponsor Banner
“Hanie Soraya Patut Rasa Tekanan” - Faizal Tahir Tidak Tahu Bekas Anak Didik Sertai Big Stage 2020
Penyanyi dan juri tetap Big Stage 2020, Faizal Tahir tidak melihat sebarang masalah yang akan timbul apabila bekas anak didiknya, Hanie Soraya menyertai pertandingan nyanyian terbabit.
Malah, dia tidak mengetahui Hanie menyertai Big Stage 2020 kerana senarai lengkap 12 peserta program itu hanya didedahkan semalam.
BACA: [SENARAI PENUH]: Usop, Anak Jamal Abdillah Dan Doktor Gigi Viral Antara 12 Peserta Big Stage 2020
Menurut Faizal, dia tidak akan memberi sebarang kelonggaran kepada Hanie malah akan bersikap realistik.
“Hanie merupakan antara talent pertama yang bernaung di bawah label saya. Kemudian dia sambung belajar di Mesir.
“Sejak dia habis kontrak bersama saya, kami jarang berjumpa. Perkara itu tidak meletakkan diri saya untuk memberi kelonggaran,” kata Faizal kepada Gempak.
Faizal ditemui pada majlis sedang media pengenalan 12 peserta dan barisan juri Big Stage 2020 yang bertempat di The Starling, Damansara pada Selasa.
Tambah Faizal lagi, perkara ini sepatutnya memberi tekanan kepada Hanie untuk membuatkan persembahan yang baik.
“Semestinya saya menjangkakan dia akan buat yang lebih baik berbanding lima tahun lalu. Selepas dia kembali ke arena seni, saya meletakkan jangkaan yang lebih tinggi pada dia. Itu mungkin memberinya tekanan,” jelas Faizal lagi.
BACA: Dayang Nurfaizah, Ajai Antara Juri Tetap Big Stage 2020, Neelofa, Caprice & Michael Ang Bertindak Sebagai...
Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.
Big Stage 2020 akan memulakan konsert pertamanya secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024