Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#BIGSTAGE5: "Insya-Allah, Ya Harus Juara" - Waode

Amri Hassan
09/07/2023 07:51 MYT
Bintang BBNU Indonesia, Waode meletakkan matlamatnya untuk bergelar juara dalam apa saja pertandingan yang diceburinya termasuk Big Stage 5.

BACA: Antara Waode & Nadeera Zaini, Ini Ramalan Juara #BIGSTAGE Dari Iqbal Zulkefli

BACA: #BIGSTAGE5 Lirik Lagu I’d Do Anything for Love (But I Won’t Do That) Yang Akan Dinyanyikan Waode Di Pentas Finale!

BACA: #BIGSTAGE5: Waode 100 Markah! Nadeera Zaini Dapat Standing Ovation Rossa, Ini Recap Markah Penuh & Komen Juri


Jelas Waode atau nama sebenarnya Waode Heni Andraini, 26, dia sentiasa menantikan cabaran baharu dalam karier dan meletakkan sepenuh usaha untuk memberikan yang terbaik.

"Juara? Insya-Allah, ya harus!

"Saya sentiasa meletakkan impian dalam apa saja yang saya lakukan. Kerana saya suka tentangan baharu.

"Apabila saya sudah masuk sesebuah pertandingan saya harus berusaha berikan yang terbaik dan berharap bisa juara, harus usaha lebih diberi biar mencapai hasil maksimal," katanya kepada Gempak.

Justeru, Waode meminta sokongan dan doa daripada peminat serta orang ramai untuk diberikan kesihatan terbaik menjelang pentas akhir Big Stage 5.

"Semoga nanti konsisten, semoga tetap sihat sampai akhir. Saya meminta doa kedua-dua orang tua serta penting sokongan dari semua pihak sama ada dari Indonesia dan Malaysia, itu penting," tambahnya.

Pentas akhir bakal menyaksikan Waode mempersembahkan lagu pilihannya berjudul I'd Do Anything For Love (But I Won't Do That) nyanyian Meat Loaf dan bakal berentap dalam pusingan battle bersama Nadeera Zaini.
Terdahulu, Firdaus Rahmat dan Dem Lepak Boyz telah tersingkir pada minggu separuh akhir Ahad lalu.

Manakala, Isaac Voo, Naufal Azrin, Meer Nash, Farhan Shah dan Coex merupakan bintang yang telah tersingkir awal di konsert Big Stage 5.

Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.

Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap, manakala juri jemputuan akan membantu setiap minggu.

Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).

#Penyanyi #Viral #Indonesia #Juara #Big Stage 5 #Waode