Laman Utama

#BIGSTAGE5: Waode 100 Markah! Nadeera Zaini Dapat Standing Ovation Rossa, Ini Recap Markah Penuh & Komen Juri

gempak
Mya Amri
12/06/2023
02:45 MYT
Sponsor Banner
#BIGSTAGE5: Waode 100 Markah! Nadeera Zaini Dapat Standing Ovation Rossa, Ini Recap Markah Penuh & Komen Juri
Selapas Isaac Voo tersingkir menerusi Imuniti-X di minggu kedua, kini Farhan Shah juga menerima nasib yang sama.
Farhan diumumkan sebagai bintang keempat tersingkir di konsert Big Stage minggu keenam sekaligus menyelamatkan Dem Lepak Boyz yang sepatutnya tersingkir.
Bintang dari Singapura itu menyampaikan lagu Fighter nyanyian asal oleh Christina Aguilera nampaknya gagal menambat hati juri untuk terus bertanding di pentas Big Stage.
Minggu keenam ini juga menyaksikan bintang dari Indonesia, Waode berada di kedudukan pertama dengan markah tertinggi sebanyak 95.67 peratus.
Malah, Waode juga turut mendapat 100 markah daripada juri tetap iaitu Aina Abdul.
Sementara itu, Putera Muhammad dinobatkan sebagai pemenang anugerah Dominasi Persembahan Terbaik, hasil pilihan juri-juri profesional dan membawa pulang wang tunai RM3,000.
Rezeki berpihak sekali lagi kepada Putera selepas dia diumumkan sebagai pemenang Anugerah Paling Pa-Wa bernilai RM1,000.
Bertemakan Wow-Wa What’s Next, 10 bintang Big Stage 5 diadili oleh juri tetap Ajai dan Aina Abdul serta juri jemputan, Datuk Seri Rossa.
Pentas Big Stage 5 diserikan lagi dengan kemunculan pelakon, Aeril Zafrel yang juga merupakan penaja Big Stage 5 sebagai Presiden Netizen.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan markah oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:
1. Waode - Ikan Dalam Kolam (95.67%)
“Kamu menyanyi dengan pelbagai genre dalam satu lagu, ada dangdut, latin, ada rock dan kamu sangat cantik dengan baju ini. Saya suka tarian kamu. Kamu menyanyi dengan bagus, kami di sini enjoy,” - Datuk Seri Rossa
2. Putera Muhammad - Cintaku 100% (95%)
“Saya tak tahu nak komen apa, saya cuba cari pembetulan tapi tak jumpa. Maksudnya budak ni kau bagi lagu apa pun dia can go. Ada improvement dari segi raut wajah. Maksudnya awak buat homework. Kamu ni seorang penyanyi yang versatil,” - Ajai
3. Nadeera Zaini - Hati Kama (93.33%)
“Suka sangat dengan suara awak, itu macam ada saving oksigen, kamu ada bawa tabung oksigen di belakang kah? Suara powerful, tarikan nafas luar biasa panjang, semua sempurna buat saya. Kamu menyanyikan lagu ini dengan begitu indah,” - Datuk Seri Rossa
4. Hoondoo - Ghazal Untuk Rabiah (87.67%)
“Its a good try, terima kasih pakai tradisional outfit. Anda ada inisiatif dan pitching tak ada salah. Yang penting ada keikhlasan, saya suka effort anda,” - Ajai
5. Puteri Khareeza - Sangkar Cinta (82.67%)
“Suka baju kamu, baju luar biasa, koreografi bersama penari juga perfect, suka cara kamu bermain dengan lagu. Ada lembut ada seksi, pitch kontrol bagus sekali, you did a very good perfomance malam ni,” - Datuk Seri Rossa
6. Coex - Selamat Jalan Romeo (82.33%)
“Kagum dengan usaha untuk menyanyikan lagu dangdut tetapi dikemas kini dengan lebih moden dan anak muda. Energinya sama kelima-limanya. Tak ada tinggi rendah, team work amat penting dalam group. Hanya tadi mungkin ada cara menyanyi agak sulit, tapi kalian berjaya balancing vokal anda. Kalian ada potensi. Koreografi kalian juga luar biasa,” - Datuk Seri Rossa
“Ini adalah the most stabil perfomance anda semua. Saya nak cadangkan vokal gym. Anda harus naik treadmills dan praktis. Cuba menyanyi di gym, sangat membantu,” - Aina Abdul
7. Aufahanie - Bring Me To Life (71.67%)
“Saya puji efforts anda tetapi saya nak tegur. Satu, kadang-kadang bila terlihat persembahan boleh tertipu dengan props, untuk persembahan tadi tak berapa sampai kerana Aufa mencuba tetapi kurang faham lagu ini. Subjek tu tak ada. Kedua, waktu sebelum nak start, bila awak ada in ear problem sebelum menyanyi, relax, saya nampak momen tu awak stress. Kalau ada problem bawa keluar dan nyanyi dengan hati,” - Aina Abdul
8. Dem Lepak Boyz - Apa Khabar (70.67%)
“Amat sangat sulit untuk membandingkan vokal dan rap. Kerana ia berbeda tetapi saya suka. Saya suka penampilannya, cuma mungkin sulit untuk bertanding dengan penyanyi-penyanyi tadi yang mempunyai vakal bagus,” - Datuk Seri Rossa
9. Farhan Shah - Fighter (64%)
“Sebenarnya tak ada salah dengan pitching, tapi awak tak menghidupkan lagu. Saya tak dapat rasa that stronger tapi awak dah try your best. Apa yang perlu awak buat adalah saya rasa awak kena tahu attack macam mana. Berapa kali saya nak cakap. Bila kita ada rhythm dalam badan kita akan dapat rasa,” - Ajai
10. Firdaus Rahmat - Shinunoga E-Wa (61.33%)
“This is a very scary song to sing, lagu ni susah. Saya puji sebab kalau saya nak bagi markah untuk pitching adalah 80, boleh dimaafkan. Tetapi ini adalah pertandingan, awak kurang konsep. Saya suka perfomance, karater awak tapi pertandingan ini perlukan lebih,” - Aina Abdul
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terdahulu, Isaac Voo, Naufal Azrin dan Meer Nash merupakan tiga bintang yang tersingkir di konsert Big Stage 5.
Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.
Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap, manakala juri jemputuan minggu ini adalah Datuk Seri Rossa.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live