Skip to main content

Selebriti

Big Stage Rocketfuel: ”Saya Takut Dengan Aisha Retno Sebab…” - Rieffa

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Rieffa dari Big Stage Rocketfuel mengaku rasa gemuruh selepas menerima komen daripada penyanyi Aisha Retno yang wajahnya garang.
  • Aisha memuji usaha Rieffa membawa lagu Gelato, namun menasihatinya untuk memperbaiki eyeline dan merapikan persembahan tarian.
  • Big Stage Rocketfuel menampilkan 11 peserta yang berentap selama lapan minggu dengan hadiah kontrak pembangunan artis bernilai sehingga RM200,000.
Advertisement

Bintang Big Stage Rocketfuel (BSR), Rieffa mengakui dirinya berasa gemuruh apabila menerima komen daripada penyanyi, Aisha Retno.

Menurut Rieffa, perkara tersebut berlaku kerana Aisha memiliki wajah yang garang sehingga membuatkan dirinya takut berdepan dengan penyanyi terkenal itu.

Advertisement

“Saya takut dengan Aisha Retno sebab muka nampak garang. Tetapi komen tadi buat saya lega sedikit cuma saya takut orang yang berwajah garang,”katanya kepada Gempak.

Rieffa berkongsi perkara tersebut selepas tamat persembahan di minggu kedua Big Stage Rocketfuel yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad. 

Sebelum ini, Aisha memuji usaha Rieffa membawa lagu Gelato yang dinyanyikan oleh ALPHA, namun dia menasihatinya untuk menjaga ‘eyeline’ ketika menari serta merapikan lagi persembahannya.

“Saya hargai usaha anda membawa lagu untuk tujuh orang, kena menyanyi, menari, rap, sangat hebat. Awak menyanyi sangat stable tapi kenapa menari selalu pandang bawah? Confident sahaja, langgar sahaja kalau ada salah step, tarian kena lock lagi. Saya hargai usaha awak. Moving forward rapikan lagi persembahan anda, make it fun, all out lagi, kemaskan lagi,” komen Aisha.

Sepanjang lapan minggu pertandingan, para bintang bakal berentap dengan tiga pemenang utama bakal menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.

Seramai 11 peserta yang bersaing pada musim ini terdiri daripada Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina, duo Adam & Nazmie serta finalis TTMM2 iaitu Hussain yang dipilih menerusi ‘Exclusive Spot’.

Hadiah itu merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.

Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, jangan lupa untuk saksikan Big Stage X Rocketfuel setiap hari Ahad pada jam 9 malam di Astro Ria serta strim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.



 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

Must Watch Video

Advertisement