Skip to main content

Rancangan Realiti

Big Stage Rocketfuel: Teka-Teki Terjawab! Hussain Diumum Sebagai Peserta Ke-11

5968143f 94e2 4187 b77f 8cc8ceafd628

Sekilas

  • Hussain dari Talk To My Manager musim kedua diumumkan sebagai peserta kesebelas Big Stage X Rocketfuel pada malam minggu pertama.
  • Seramai 11 peserta termasuk Hussain akan bersaing selama lapan minggu untuk merebut kontrak pembangunan artis bernilai sehingga RM200,000.
  • Big Stage X Rocketfuel dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria serta boleh distrim di Astro GO dan Sooka.
Advertisement

Bintang Talk To My Manager musim kedua (TTMM), Hussain diumumkan sebagai peserta kesebelas program realiti Big Stage X Rocketfuel.

Hussain yang membuat penampilan menerusi lagu Lelaki Ini nyanyian asal Anuar Zain diumumkan sebagai peserta kesebelas oleh duo pengacara Nabil Ahmad dan Azeva pada malam minggu pertama sebentar sahaja tadi.

Advertisement

Suasana di auditorium juga gamat dengan sorakan penonton yang dilihat begitu teruja dengan pengumuman tersebut.

Jadi, terjawablah sudah mengenai siapakah bintang dari TTMM2 yang bakal berentap bersama 10 lagi peserta yang lain bagi merebut gelaran juara Big Stage X Rocketfuel.

Sepanjang lapan minggu pertandingan, para peserta bakal berentap dengan tiga pemenang utama bakal menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.

Seramai 11 termasuk Hussain peserta bakal bersaing pada musim ini terdiri daripada Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina serta duo Adam & Nazmie.

Hadiah itu merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.

Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, jangan lupa untuk saksikan Big Stage X Rocketfuel setiap hari Ahad pada jam 9 malam di Astro Ria serta strim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

Must Watch Video

Advertisement