,
Big Stage S2 BM

Big Stage 2019: Dianggap Sebagai Wakil Malaysia, Neeta Manisha Harap Peminat Bangga

Zulaikha Yusof
07/10/2019
05:16 MYT
Penyanyi Neeta Manisha melahirkan rasa syukur apabila berjaya sampai ke minggu akhir Big Stage 2019.
Menurut Neeta, dia puas dengan dua persembahan yang telah dilakukannya iaitu lagu I Wanna Dance With Somebody di segmen Cover Final serta lagu single baharu berjudul Ruang Mimpi.
"Apabila tinggal nama saya dan Han-Byul sahaja yang belum lagi diumumkan, saya sudah tidak kisah mendapat kedudukan yang mana.
"Saya sudah bersyukur kerana pernah menduduki tempat kedua dari segi undian peminat sehinggalah pada tahap sekarang.
"Paling penting, saya puas dengan dua persembahan yang telah dilakukan. Apa sahaja keputusannya selepas itu saya berserah,” katanya kepada Gempak.
Neeta ditemu bual selepas tamatnya konsert akhir Big Stage 2019 bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor pada Ahad.
Tambah pemilik nama Neeta Manishaa berharap agar semua peminat akan berbangga dengan pencapaian yang telah dilakukannya selama berada di pentas Big Stage 2019.
"Saya berharap peminat bangga dengan pencapaian saya sebab ada juga yang anggap saya seperti wakil Malaysia di Big Stage.
"Meskipun saya tak berjaya merangkul gelaran juara tetapi saya berharap agar ada sesuatu yang boleh dibanggakan.
"Pada masa sama, apa yang telah saya berikan sepanjang minggu Big Stage mampu menggembirakan hati semua pihak," tambahnya lagi.
Konsert akhir program realiti Big Stage 2019 telah berlangsung dengan meriah di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam semalam.
Neeta yang berjaya merangkul naib juara telah membawa pulang wang tunai RM50,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Penyanyi berasal dari Korea Selatan, Han Byul dinobatkan sebagai juara Big Stage 2019.
Big Stage 2019 minggu ini menampilkan Misha Omar sebagai juri jemputan bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.
Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Balik Meloncat Macam Baru Jumpa Jodoh!" - Neeta Kongsi Kenangan Bertemu Taylor Swift

gempak
12/05/2020
13:41 MYT
Nusantara

Di Konser Akhir Big Stage 2019, Posisi Dinda Permata Melorot Tajam!

gempak
09/10/2019
02:51 MYT
Big Stage S2 BM

Big Stage 2019: "Dia Ada Mesej Saya" - Sebelum Konsert Akhir Bermula, Dinda Permata Terima Pesanan Dari...

gempak
08/10/2019
02:25 MYT
Big Stage S2 BM

"Nampak Seperti Ada Entiti Dalam Keadaan Mencangkung Sedang..." - Diganggu Elemen Mistik, Fieya Julia Ingin Berubat Cara Islam

gempak
07/10/2019
20:16 MYT
Big Stage S2 BM

Cipta Lagu Buat Han-Byul, Haqiem Rusli Tak Fikir Panjang

gempak
07/10/2019
19:31 MYT