Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Aku Cinta Padamu Versi Jazz? OMG!” - Ramai Tak Sabar Megat Rahim ‘Perform’ Konsert Big Stage Malam Ni!

Hanafis Haris
06/03/2022 10:33 MYT

Bintang Big Stage 2022 Megat Rahim berkemungkinan menjadi peserta paling ditunggu-tunggu untuk konsert yang bakal berlangsung malam ini.

Megat Rahim bakal membawakan lagu Ikonik Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aku Cinta Padamu.

Lebih istimewa lagi, Siti selaku juri tetap Big Stage 2022 membuat permintaan secara khusus supaya Megat membawakan lagu dalam genre jazz.

Pastinya ketika ini ramai yang tidak senang duduk menantikan persembahan Megat.

Malah, Megat menerusi hantaran di Instagramnya turut berkongsi sedikit ‘teaser’ atau sedutan persembahannya pada malam ini.

“Dah bersedia malam ini semua?,” tulisnya ringkas.

Sementara itu menerusi ruang komen, kebanyakan peminat berharap lagu Aku Cinta Padamu versi jazz dapat dibawa dengan sempurna.

“Menarik la sikit Megat nanti orang kata awak kaku”.

“Aku Cinta Padamu versi jazz, OMG tak sabar”.

“Paling excited malam ni,” tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.

Sekadar info, tema Big Stage 2022 pada minggu ini adalah 'This Is Siti Nurhaliza'.

Antara lagu bakal di bawa peserta termasuklah Cindai, Dialah Di Hati, Anta Permana, Purnama Merindu dan banyak lagi.

BACA: “Zoners Are You Ready?”- This Is Siti Nurhaliza, Peminat Tak Sabar Big Stage Malam Ni! Ada Kejutan Besar Daripada…

Terdahulu, Tuah menjadi bintang Big Stage 2022 ketiga yang tersingkir pada konsert minggu keempat yang bersiaran secara langsung pada Ahad lalu.

Tuah mendapat markah sebanyak 62.6% gagal meneruskan perjuangan pada minggu kelima yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan.

Tuah yang menyanyikan lagu Malam Semakin Dingin gagal memuaskan hati juri.

BACA: Big Stage 2022: Tuah Adzmi Tak Cukup Bertuah! Tersingkir Minggu Ke-4, Syafinaz Kata Nyanyian 'Tak Best'!

#Big Stage S4 #Big Stage 2022 #Megat Rahim