Pengumuman ‘tergempar’ pada konsert Big Stage 2022 Ahad lalu pastinya membuatkan ramai tidak senang duduk apabila mengangkat tema 'This Is Siti Nurhaliza'.

Sembilan peserta Big Stage yang berentap bakal membawakan lagu hits penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Antara lagu berkenaan termasuklah Cindai, Dialah Di Hati, Anta Permana, Purnama Merindu dan banyak lagi.

Susulan itu, jutaan peminat khususnya ‘Sitizoners’ tidak sabar menantikan sejauh mana kemampuan peserta membawakan lagu ‘legend’ tersebut.

Namun, apa yang lebih membuatkan ramai teruja untuk menonton Big Stage 2022 kali ini adalah persembahan Siti Nurhaliza sendiri.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Siti Nurhaliza menerusi satu sesi Instagram Live semalam.

“Saya nak pergi rehearsal untuk Big Stage, doakan semuanya berjalan lancar. Saya akan buat persembahan di Big Stage,” katanya.

Pun begitu lagu apakah yang bakal dibawa penyanyi lagenda itu masih menjadi tanda tanya.

Apapun nantikan konsert Big Stage 2022 minggu kelima, malam ini.

1. Syafiq Abdilah - Anta Permana

2. Ajoi Zainal - Kesilapanku Keegoanmu

3. Aisha Retno - Cindai

4. Danial Chuer - Dialah Di Hati

5. Tegar Septian - Purnama Merindu

6. Yazmin Aziz - Bukan Cinta Biasa

7. Elica Paujin - Ku Milikmu

8. Megat Rahim - Aku Cinta Padamu

9. Sofiaa Marieylla - Ku Mahu

Terdahulu, Tuah menjadi bintang Big Stage 2022 ketiga yang tersingkir pada konsert minggu keempat yang bersiaran secara langsung pada Ahad lalu.

Tuah mendapat markah sebanyak 62.6% gagal meneruskan perjuangan pada minggu kelima yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan.

Tuah yang menyanyikan lagu Malam Semakin Dingin gagal memuaskan hati juri.

BACA: Big Stage 2022: Tuah Adzmi Tak Cukup Bertuah! Tersingkir Minggu Ke-4, Syafinaz Kata Nyanyian 'Tak Best'!