Big Stage S4

Big Stage 2022: Ini Sebab Iqbal Layak Bergelar Peserta & Kenapa Megat Rahim Tidak Buat Persembahan

gempak
Izwan Isa
07/02/2022
06:20 MYT
Sponsor Banner
Big Stage 2022: Ini Sebab Iqbal Layak Bergelar Peserta & Kenapa Megat Rahim Tidak Buat Persembahan
Konsert Pertama Big Stage 2022 berlangsung dengan penuh ‘drama’ semalam. Selain penonton teruja untuk menyaksikan persembahan peserta kegemaran, ramai yang ‘terpaku’ dek pengumuman pesohor Iqbal Zulkefli sebagai peserta ke-12 program berkenaan.
Lebih menghangatkan keadaan, Datuk Seri Vida (DSV) pula dipilih untuk mengisi kerusi Presiden Netizen yang secara tidak langsung menyemarakkan lagi kisah kontroversi antara dia dan Iqbal yang pernah menggemparkan Malaysia suatu ketika dahulu.
BACA: Teka-Teki Terjawab! Iqbal Zulkefli Peserta Ke-12 Big Stage 2022, Ajai Bagi 5 Markah Jer Manakala TokTi...
Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh berkata, pemilihan Iqbal itu dibuat kerana dia memiliki kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak produksi Big Stage 2022 untuk para peserta yang terlibat.
Katanya, Big Stage 2022 dilihat sebagai platform terbaik, terutama bagi individu yang viral seperti Iqbal dan Jerung Merah (Sofiaa Marieylla) untuk membuktikan bakat mereka kepada khalayak.
“Untuk Iqbal, dia memiliki kriteria yang telah ditetapkan untuk bertanding - berusia bawah 30 tahun dan mempunyai video dengan sekurang-kurangnya 500,000 jumlah tontonan. Bagi Big Stage 2022, kita mempunyai kepelbagaian dari segi kategori peserta. Kita ada peserta yang bergantung pada jumlah tontonan seperti Iqbal dan Jerung Merah.
“Tapi kita tahu, Big Stage 2022 merupakan platform sebenar untuk mereka membuktikan bahawa jumlah tontonan yang ada pada media sosial dan bakat yang mereka ada berjalan seiring. Kita juga menyediakan guru vokal profesional untuk membimbing para peserta.
“Kita harap mereka dapat buktikan bakat yang dimiliki selepas kita memberikan mereka platform ini,” katanya kepada Gempak.
BACA: Kejutan! Datuk Seri Vida Diumumkan Sebagai Presiden Netizen Big Stage 2022
Norzeha juga memberi komen mengenai kenyataan Iqbal di Live+ yang ingin menarik diri daripada program berkenaan dan ketiadaan Megat Rahim dalam senarai persembahan semalam.
“Kita tidak dengar lagi mengenai isu itu. Sebab ini adalah pertandingan dan seandainya ada yang nak tarik diri, kita tidak boleh halang memandangkan ia pernah berlaku menerusi beberapa program realiti lain.
“Sementara itu bagi Megat pula, dia mengalami masalah kesihatan dan disebabkan itu, dia tidak dapat menyertai peserta lain untuk konsert pertama.
“Berkernaan dengan penjurian dan pemberian markah bagi Megat, hal ini juga akan dibincangkan bersama juri kelak,” katanya.
BACA: Big Stage 2022: Tiada Penyingkiran! Aisha Retno Kaut Markah Tertinggi 84.4%, Tapi Mana Hilangnya Megat Rahim?
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad, tugasan mengacara bagi kapsul Studio Big Stage pula disandang oleh Isha Norsham. Sementara itu, personaliti ERA, Muna Bella dan Haiqal dari Thinker Studios pula digandingkan sebagai pengacara untuk program Big Stage Live Plus yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Penerbitan Big Stage 2022 turut disokong oleh CUCKOO dan OPPO selaku Penaja Utama. Portal Gempak dan aplikasi SYOK turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA pula hadir sebagai Radio Rasmi.
Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi. Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing- masing bakal membawa pulang RM15 ribu, RM10 ribu dan RM5 ribu beserta trofi.
Rangkaian program Big Stage 2022 diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan dipancarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 6 Februari serta turut boleh turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
12 peserta yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Iqbal Zulkefli, Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa dan Ajoi Zainal.
Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019). Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live