Big Stage S4

“Nampak Sangat DSV Masih Cinta Mamat Ni, Buang Masa Aje Advice!” - Michael Ang

gempak
Fiza Kamarudin
06/02/2022
23:21 MYT
Sponsor Banner
“Nampak Sangat DSV Masih Cinta Mamat Ni, Buang Masa Aje Advice!” - Michael Ang
Kemunculan usahawan kontroversi Iqbal Zulkefli dalam konsert pertama Big Stage malam tadi (Ahad) mengundang pelbagai reaksi penonton.
Tidak ketinggalann, pengarah dan penerbit Michael Ang yang turut meluahkan rasa terkejut namun sudah dapat mengagak Iqbal bakal muncul ketika pengacara mula memberi bayangan mengenai kemunculan peserta ke-12 itu.
Michael bagaimanapun tidak mengulas mengenai persembahan Iqbal yang menyanyikan lagu ‘Biar Bulan Bicara’ sebaliknya lebih tertarik dengan reaksi Presiden Netizen yang juga bekas majikan Iqbal, Datuk Seri Vida.
“Nampak sgt @DatoSeriVida_ masih cinta kan mamat ni. Buang masa aje advice dia ni. Sila move on ya makcik #bigstage2022,” ciap Michael di laman sosial Twitter.
Selepas pengumuman tiada penyingkiran, Michael sekali lagi menulis ciapan kemungkinan akan ada peserta yang bakal menarik diri.
“Memang tak Ada siapa out atau maybe Ada yg Tarik diri heheheheh #bigstage2022,” katanya.
Walaupun tidak menyatakan nama peserta tersebut, namun ramai yang mengaitkannya dengan Iqbal kerana secara kebetulan, penyanyi dan usahawan itu ada menyatakan hasrat untuk menarik diri dari terus bertanding di pentas Big Stage 2022.
Tegas Iqbal, keputusan drastiknya itu demi mengelakkan tindakannya mencemarkan industri seni negara.
Dalam pada itu Iqbal mengakui melihat bekas majikannya sebagai Presiden Netizen, sedikit sebanyak mengganggu konsentrasinya ketika membuat persembahan.
[[BACA: "5 Markah, Apa Yang Buruk Sangat?" - Iqbal Zulkefli Nak Tarik Diri Dari Big Stage?
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad, tugasan mengacara bagi kapsul Studio Big Stage pula disandang oleh Isha Norsham.
Sementara itu, personaliti ERA, Muna Bella dan Haiqal dari Thinker Studios pula digandingkan sebagai pengacara untuk program Big Stage Live Plus yang disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Penerbitan Big Stage 2022 turut disokong oleh CUCKOO dan OPPO selaku Penaja Utama.
Portal Gempak dan aplikasi SYOK turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA pula hadir sebagai Radio Rasmi.
Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi.
Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing- masing bakal membawa pulang RM15 ribu, RM10 ribu dan RM5 ribu beserta trofi.
Rangkaian program Big Stage 2022 diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan dipancarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 6 Februari serta turut boleh turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
12 peserta yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa dan Ajoi Zainal.
Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019). Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024