Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Syafinaz Kata Catwalk Macam Bella Hadid, TokTi Suruh Maskulin Sikit... Danial Chuer Tak Sentap Pun - "Terus Kena Panggil Daniel Hadid Dah"

Amri Hassan
28/02/2022 00:55 MYT
Bintang Big Stage 2022, Danial Chuer tidak terkilan atau terasa hati dengan komen yang juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza dan juri pedas, Datuk Syafinaz Selamat selepas membuat persembahan pada Ahad.

Jelas Danial, 20, dia sebaliknya menganggap komen-komen terbabit sebagai pembakar semangat untuk membuat persembahan yang lebih baik pada konsert akan datang.

"Tipulah kata tak terkesan tapi saya tak ambil ia sampai terasa dan mempertikaikan komen-komen yang diberikan. Saya ambil ia dalam sudut positif.

"Kadang-kadang sebagai performer, saya terlupa benda-benda macam tu dan saya kena jaga. Sebagai seorang lelaki, perlu tunjukkan masculinity di atas pentas.

"Saya pun perlu berterima kasih kerana mereka mengingatkan saya dan saya akan semat dalam diri untuk persembahan akan datang. Insya-Allah," katanya kepada Gempak.

Pentas Big Stage 2022 menjadi panas selepas Syafinaz memberikan komen secara berjenaka tentang perwatakan Danial ketika menyampaikan lagu Gila (nyanyian asal Kaka Azraff, Noki & Loca B).

Kata Syafinaz, Danial berjalan seperti supermodel popular antarabangsa Bella Hadid.

Manakala, Siti pula menambah komen Syafinaz, bersetuju dan menasihati Danial untuk lebih maskulin untuk persembahan pentas pada masa akan datang.

Hal itu, sedikit sebanyak mengguris perasaan segelintir peminat Danial dan penonton yang turut menyifatkan kata-kata sedemikian sensitif untuk diungkapkan terutamanya ketika rancangan siaran langsung.

Melanjutkan bicara, Danial menganggap komen yang merujuk kepada cara berjalan persis Bella Hadid itu sedikit sebanyak mencuit hati.

"Ye ker? Macam Bella Hadid ker? Ia peringatan untuk saya tapi ada elemen lawaknya. Turun pentas tadi pun dah kena panggil Danial Hadid dah," tambahnya terhibur.

Ujar Danial lagi, komen tentang masculinity dirinya bukan kali pertama dibangkitkan namun tetap mengambil teguran itu secara positif.

"Saya takkan mengubah diri saya, cuma mungkin minggu ini saya larut dalam persembahan saya dan cara saya menyampaikan lagu ini.

"Bukan tak nak ambil peringatan juri, tapi apa yang saya buat di pentas saya perlu menjadi diri sendiri tapi bukan bermakna saya akan melebih-lebih lepas ni. Saya akan menjadi diri saya ketika di pentas itu fundamental, tapi apa orang cakap lepas itu perlu ambil secara positif," katanya.

BACA: Big Stage 2022: Tuah Adzmi Tak Cukup Bertuah! Tersingkir Minggu Ke-4, Syafinaz Kata Nyanyian 'Tak Best'!

Bagi menyuntik pembaharuan segar agar, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjurikan Big Stage 2022 bersama komposer terkenal, Ajai dengan juri juara undangan ialah Aliff Aziz.

Manakala kerusi juri pedas dan presiden netizen pula masih diisi oleh penyanyi Datuk Syafinaz Selamat dan usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida pada minggu ini.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Elly Mazlein, tugasan mengacara bagi kapsul Studio Big Stage pula disandang oleh Isha Norsham.

Sementara itu, personaliti ERA, Muna Bella dan Haiqal dari Thinker Studios pula digandingkan sebagai pengacara untuk program Big Stage Live Plus yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Penerbitan Big Stage 2022 turut disokong oleh CUCKOO dan OPPO selaku Penaja Utama. Portal Gempak dan aplikasi SYOK turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA pula hadir sebagai Radio Rasmi.

Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi. Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing- masing bakal membawa pulang RM15 ribu, RM10 ribu dan RM5 ribu beserta trofi.

Rangkaian program Big Stage 2022 diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan dipancarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 6 Februari serta turut boleh turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

9 peserta yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Aisha Retno, Yazmin Aziz, Danial Chuer, Elica Paujin, Megat Rahim, Sofiaa Marieylla, Tegar Septian, Syafiq Abdilah dan Ajoi Zainal.

Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019). Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).


#Penyanyi #Viral #Bella Hadid #Datuk Syafinaz Selamat #Maskulin #Big Stage 2022 #Daniel Chuer #Datu Seri Siti Nurhaliza