Skip to main content

Viral

Chazynash Hilang Sabar! Dakwa Bekas Isteri Sebarkan Fitnah Sehingga Ganggu Emosi - “Saya Terpaksa Tarik Semula Mutaah, Rumah & Kereta”

Chazynash

Sekilas

  • Chazynash mendakwa kehidupannya tertekan akibat fitnah dan provokasi berterusan daripada bekas isteri serta keluarganya.
  • Beliau membuat laporan polis dan menarik semula pemberian mutaah, rumah, dan kereta kerana perjanjian asal telah dilanggar.
  • Chazynash memberi amaran akan mendedahkan punca sebenar perceraian jika provokasi dan campur tangan tidak dihentikan.

Pempengaruh Chazynash mendakwa kehidupannya tertekan dan emosinya terganggu disebabkan permainan kotor berpanjangan yang didakwa daripada bekas isterinya, Fatin Morat. 

 

Mahu hidup tenang bersama bakal isteri dan anak-anak, Chazy berkata dia sudah hilang sabar dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya. 

 

“Tindakan saya hari ini adalah berpunca daripada provokasi berterusan, termasuk campur tangan Yunus Morat, iaitu adik kepada Fatin Morat. Kesabaran saya ada hadnya,” kongsinya. 

Dakwa Chazy lagi, pihak bekas isteri mencuba pelbagai usaha untuk menjatuhkannya dengan wujudkan akaun palsu menyebarkan fitnah melibatkan kecurangan. 

 

“Sejak bulan Mei 2025, pelbagai usaha mereka telah dilakukan untuk menjatuhkan saya. Fake account diwujudkan bagi menyebarkan fitnah berkenaan kecurangan, kemudian deactivate dan meninggalkan kesan buruk kepada saya dan bakal isteri,” katanya lagi. 

 

Mendakwa kehidupan dan kesihatan mental terjejas, Chazy turut memberitahu dia sudah membuat laporan untuk mengenal pasti individu terlibat termasuk rakan-rakan bekas isterinya. 

 

Dalam pada itu, Chazy turut memberi amaran kepada bekas isteri dan pihak terlibat untuk tidak berterusan melakukan provokasi dan mencampuri kehidupannya. 

 

“Sekiranya awak (bekas isteri) dan konco-konco awak masih terus mencari masalah, melakukan provokasi dan mencampuri kehidupan saya, saya tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan perkara sebenar berkaitan punca perceraian kita. 

"Saya tiada pilihan selain mempertahankan diri dengan menceritakan segalanya, walaupun ia akan membuka aib awak dan juga aib saya sendiri. Saya sudah terlalu penat dan ingin menghentikan permainan tidak matang ini,” katanya lagi. 

 

Justeru itu, Chazy mengambil keputusan untuk menarik semula pemberian mutaah, rumah dan kereta yang diberikan semuanya kerana menganggap bekas isterinya sudah tidak lagi menerimanya lagi.

 

“Perjanjian asal adalah untuk menyelesaikan segala perkara secara baik dan tanpa mengganggu kehidupan saya, namun perjanjian tersebut telah dilanggar,” katanya lagi. 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Chazynash (@chazynash)

Must-Watch Video

Advertisement