Covid-19
Aidiladha Boleh Rentas Negeri, Patuhi SOP Untuk Menjalankan Ibadah Korban
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan tiada sekatan perjalanan dilakukan pada Aidiladha ini.
Tambah beliau, kerajaan memutuskan untuk membenarkan rentas negeri dan daerah namun perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan kerajaan.
“Kerajaan membenarkan orang ramai untuk pulang ke kampung merentas negeri atau daerah pada Hari Raya Haji ini, tetapi patuhlah pada setiap SOP dan larangan yang ditetapkan kerajaan,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya sebentar tadi (Isnin).
Sementara itu Ismail Sabri turut menekankan tentang SOP yang perlu dipatuhi ketika menjalani ibadah Korban.
“Kerajaan membuat keputusan untuk menyemak semula SOP Aidiladha dan ibadah Korban dan selepas kita mengambil kira risiko penularan semula COVID-19 ini.
“Oleh itu pihak kerajaan telah memutuskan untuk menghadkan jumlah lembu dan haiwan yang dikorbankan.
“Lembu atau haiwan tidak lebih daripada 10 ekor (had maksimum), mestilah disembelih di surau, masjid serta lokasi yang dibenarkan oleh Majlis Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan. Tetapi ini tertakluk kepada keluasan lokasi. Kalau boleh muat enam ekor maka enam ekorlah yang dibenarkan.
“Sementara jumlah kehadiran sewaktu ibadah Qurban dijalankan, nisbahnya 20 orang untuk seekor lembu.
“Maksimun 200 orang terpaksa tukang sembelih, melapah, mengedar daging dan semuanya. Jamuan makan dan kenduri tidak dibenarkan kecuali makanan berbungkus sahaja.
“Petugas yang bekerja sepanjang hari boleh makan tetapi makanan yang berbungkus sahaja tidak ada kenduri-kendara seperti kebiasaan,” katanya.
Dalam pada itu beliau menasihatkan orang ramai supaya patuh kepada SOP sepanjang Aidiladha ini dan menggunakan peluang diberikan kerajaan sebaik mungkin.
Must-Watch Video