Covid-19
"Anda Boleh Kata Saya Overacting, Paranoid Lebih, Saya Tak Kisah" - Betty Rahmad Halang Anak Jumpa Orang Luar
Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, kita semua diminta untuk terus kekal berada di dalam rumah dan hanya dibenarkan keluar jika ada keperluan penting sahaja.
Namun, hari ini, sejak pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, kita semua sudah diberikan sedikit kelonggaran untuk membuat pergerakan.
Bahkan, pusat beli-belah dan restoran juga sudah boleh dibuka kepada umum.
Begitupun, bagi pelakon Betty Rahmad, sehingga hari ini, dia masih lagi mengambil pendekatan untuk terus mengelak daripada membawa anaknya untuk berada di tempat awam termasuklah bertemu dengan mana-mana individu lain/
"Maaflah anakku, buat masa ini mummy boleh bawa kamu main depan rumah dan menari dalam kereta pusing kawasan rumah sahaja.
"Tiada ke pusat beli-belah atau jumpa sesiapa. Ya, anda semua boleh kata saya overacting, paranoid lebih atau apa sahaja, saya tak kisah. Saya masih PKP dan polis garang yang bertugas dalam rumah ni hingga kini," katanya menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram.
Dalam entri tersebut, Betty turut berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya membawa anaknya, Ardy Wira bersiar-siar duduk di dalam kereta sahaja.
Pada masa sama, Betty turut menasihati orang ramai untuk tidak menyalahgunakan kebebasan yang diberikan kerajaan kini untuk keluar secara suka-suka sahaja.
"Tolong kekal berada di rumah ya semua jangan keluar lalala bawa anak shopping raya dekat mall. Raya insya-Allah ada lagi, nyawa tak boleh ganti. Kalau anak sakit lagi sedih daripada tak beraya," katanya.
Adik kepada pengarah terkenal, Erma Fatima itu dikurniakan cahaya mata sulung, Ardy Wira pada 19 Januari 2019 selepas mendirikan rumah tangga dengan Ardy Damis pada Februari 2018.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video