,
Covid-19

Ben Amir Lega Negatif Covid-19 Selepas 2 Kali Buat Ujian

Amri Hassan
18/04/2020
00:45 MYT
Pelakon Ben Amir memaklumkan kepada peminatnya dia kini disahkan negatif virus Covid-19.
Memanjatkan rasa syukur, Ben memaklumkan perkara itu menerusi akaun Twitternya pada Jumaat.
"Negatif! Terima kasih Tuhan," tulis Ben yang menjalani ujian saringan Covid-19 kali kedua pada hari sama. Terdahulu, Ben yang pulang dari Scotland pada 27 Mac lalu menjalani ujian tersebut kali pertama pada minggu lepas dan disahkan negatif.
BACA: "Semoga Dijauhi Daripada Wabak Ini" - Jalani Ujian COVID-19 Kali Kedua, Netizen Doakan Ben Amir Supaya Peroleh Keputusan…
Ben berangkat ke Scotland pada awal Mac lalu untuk menjalani penggambaran drama Demi arahan Rahila Ali.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pengarah drama itu yang dijangkiti virus Covid-19.
Turut positif Covid-19, pelakon gandingan Ben, Puteri Aishah, Ashraf Muslim dan pelakon kanak-kanak, Puteri Rayyana Rayqa serta beberapa kru produksi.
Turut serta dalam penggambaran drama itu, Hasnul Rahmat yang disahkan negatif virus terbabit.
Drama Demi adalah diadaptasi daripada novel yang diterbitkan 26 episod bagi siaran RTM.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

Ben Amir Lebih Selesa ‘Single’, Mahu Fokus Jadi Pelakon Aksi - “Saya Tengah Seronok Nak Bekerja…”

gempak
30/04/2024
09:55 MYT
Ben Amir nak jadi pelakon filem aksi!