Covid-19

COVID Survivor, Sweet Qismina Kongsi Info, Ini Yang Anda Perlu Tahu - “COVID Ada 6 Bulan Dalam Badan Tapi...”

gempak
Mya Amri
19/05/2021
08:04 MYT
Sponsor Banner
COVID Survivor, Sweet Qismina Kongsi Info, Ini Yang Anda Perlu Tahu - “COVID Ada 6 Bulan Dalam Badan Tapi...”
Pelakon Sweet Qismina berkongsi beberapa info mengenai beberapa simtom yang dihadapi oleh pesakit yang sembuh COVID-19.
Sweet memberitahu perkara itu menerusi ruangan komen di akaun Instagram Nabila Huda selepas aktres itu membuat posting mengenai perkembangan terkininya selepas memasuki hari kesembilan dikuarantin semalam.
Berikut merupakan perkongsian Sweet:
“Alhamdulillah, ini adalah sedikit info daripada doktor. Tidak mengapa kalau deria rasa dan bau mengambil sedikit masa untuk pulih 100%, ia adalah normal.
“Ada sesetengah dapat selepas beberapa hari kuarantin, ada juga sesetengah lagi dapat selepas sebulan dan seterusnya.
“Jadi walaupun masih 100% tak dapat deria tu, dah boleh keluar bilik dengan hati yang gembira. Haha. Noted that COVID ada enam bulan dalam badan tetapi dah tak aktif.
“Hanya perlu jaga diri sebab COVID survivor kalau kena lagi untuk kali kedua akan lagi teruk sebab antibodi yang ada tu takut tak boleh tanggung bila kena lagi. Harap ini dapat dijelaskan dengan baik,” tulisnya.
Dalam pada itu, Nabila juga turut membalas kembali komen Sweet.
“Adik terima kasih banyak-banyak. Sekurang-kurangnya bila dengar penjelasan awak ni saya rasa gembira dan positif.
“Saya baca dua kali okay. Haha. Love you adik,” tulisnya.
Terdahulu, selain Nabila dan Nora Danish, Sweet juga merupakan salah seorang selebriti yang pernah dijangkiti COVID-19.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live