,
Covid-19

COVID-19: KKM Temui Kluster Baru, Kluster Pangsapuri Cheras

Fiza Kamarudin
01/06/2020
13:03 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi sebuah posting di laman sosial rasmi Facebook (FB) mengumumkan mengenai kluster baru COVID-19.
Menerusi hantaran pada jam 7.30 malam tadi, KKM mendedahkan penemuan Kluster Pangsapuri Cheras dan mengesahkan enam rakyat tempatan positif COVID-19.
Bagaimanapun, punca jangkitan masih dalam siasatan KKM. Sementara itu menerusi sidang media harian berkaitan Covid-19 di Putrajaya, hari ini Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 38 kes baru jangkitan Covid-19 dilaporkan dan merekodkan 7,857 kes positif keseluruhan.
Beliau berkata, 38 kes baru dilaporkan itu membabitkan 26 kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan dikuarantin sebaik tiba di negara ini.
Katanya, daripada 12 kes penularan tempatan, enam kes adalah bukan warganegara Malaysia manakala enam kes lagi membabitkan warganegara Malaysia."Sehingga kini, lapan kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah 115 kes iaitu 1.46 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.