Covid-19

Kes Covid-19 Cecah Tiga Angka Sehari, Korea Selatan Isytihar Darurat Serta Merta

gempak
Fiza Kamarudin
25/08/2020
14:39 MYT
Sponsor Banner
Kes Covid-19 Cecah Tiga Angka Sehari, Korea Selatan Isytihar Darurat Serta Merta
Korea Selatan diletakkan dalam keadaan darurat selepas kes COVID-19 yang bermula dari Seoul tersebar di seluruh negara.
Presidennya, Moon Jae-in memaklumkan, situasi itu jauh lebih serius daripada penularan dari Gereja Shincheonji.
"Kami berada dalam keadaan darurat dan terdesak kerana jumlah pesakit yang dijangkiti akan terus meningkat," kata Jae-in.
Pihaknya akan memperketat langkah-langkah penjarakan fizikal, menutup sementara operasi perniagaan harian yang akan menyebabkan kemerosotan ekonomi yang serius.
Korea Selatan mencatatkan sebelas hari berturut-turut peningkatan angka dalam tiga digit.
Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Korea melaporkan, majoriti daripada 266 kes yang dicatatkan berada di kawasan metropolitan Seoul, yang menempatkan separuh daripada 51 juta penduduk di negara itu.
Bagaimanapun, jangkitan baharu juga dilaporkan di bandar-bandar besar lain, termasuk Busan, Daejeon dan Sejong.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live