Covid-19

“Malu Tengok Kawan-Kawan Artis Ingkar PKP…Pleaselah Jangan Ketegaq Sangat!” – Farahdhiya

gempak
Fiza Kamarudin
20/04/2020
18:45 MYT
Sponsor Banner
“Malu Tengok Kawan-Kawan Artis Ingkar PKP…Pleaselah Jangan Ketegaq Sangat!” – Farahdhiya
Penyanyi dan pelakon Farahdhiya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap individu yang masih berdegil dan tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tambah Farahdhiya lagi, dia turut berasa malu apabila ada rakan-rakan di kalangan artis turut melanggar arahan ditetapkan kerajaan itu.
“Mintak maaf kata, saya naik menyampah tengok perangai manusia yang cakap besar dan bangga melanggar peraturan, saya malu apabila ada juga kawan-kawan seperjuangan saya yang perangai macam tu jugak.
“Sekurang kurangnya tunjuklah tauladan yang baik kepada masyarakat. Ini tidak, dengan berlagak dan tak tau malunya dia melanggar peraturan, keluar pegi jogging (walaupun di kawasan rumah), keluar pergi beli barang dapur lebih dari seorang.
“Jangan ingat gelaran artis tu ada special treatment tak kena tahan ye, kita semua sama je macam orang-orang lain, takde lebih takde kurang.
“Saya malu tengok perangai sorang-sorang…Semoga korang dibukakan hati dan minda supaya berkelakuan baik selepas ini.
“Pleaselah,mane tanggung jawab kita semua sebagai warga Malaysia? Baik yang artis atau pun tidak, please dengar kata kerajaan,jangan ketegaq sangat!” tulisnya pada ruangan kapsyen. Farahdhiya meluahkan mengenai perkara tersebut di laman sosial Instagram (IG)nya pada Ahad lalu sambil merujuk kepada jumlah kes terkini pandemik COVID-19.
Bintang Gegar Vaganza musim kelima ini turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham dan seluruh warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana menjadi hero menyelamatkan negara daripada wabak pembawa maut tersebut.
Menerusi posting yang dibuat dua hari lalu, Farahdhiya berkongsi paparan skrin sidang media harian KKM yang menunjukkan penurunan bilangan kes di Malaysia.
“Alhamdulillah,inilah hasil dari kita semua yang mendengar kata kerajaan supaya duduk di rumah. Good job and congratulations Datuk Dr Noor Hisham,seluruh warga KKM and to all the frontliners!
“Andalah hero sebenar…Salute!! So Proud!! Terbaik!! Terima kasih tak terhingga untuk perjuangan menghapus COVID-19. Semoga kes baharu terus menurun,” tulisnya.
Alhamdulillah,inilah hasil dari kita semua yg mendengar kata kerajaan supaya duduk dirumah. Good job and congratulations Datuk Dr Noor Hisham,seluruh warga kkm and to all the frontliners,u guys are the real heroes!!! Salute!! So Proud!! Terbaik!! Terima kasih tak terhingga utk perjuangan menghapus Covid 19 ?? Semoga kes baharu terus menurun ?? Cuma nak pesan kepada segelintir yg masih DEGIL,baik artis dan org2 lain.Mintak maaf kata,saya naik menyampah tengok perangai manusia yg ckp besar dan bangga melanggar peraturan,saya malu apabila ada juga kawan2 seperjuangan saya yg perangai mcm tu jugak.Sekurang kurangnya tunjuk lah tauladan yg baik kepada masyarakat,Ini tidak,dgn berlagak dan taktau malunya dia melanggar peraturan dgn keluar pegi jogging (walaupon di kawasan rumah) keluar pegi beli barang dapur lebih dari sorang.Jgn ingat gelaran artis tu ada special treatment tak kene tahan ye,kita semua sama je mcm org2 lain,takde lebih takde kurang.Saya malu tgk perangai sorang2,Semoga korang dibukakan hati dan minda supaya berkelakuan baik selepas ini,please lah,mane tanggung jawab kita semua sebagai warga Malaysia?Baik yg artis atau pon tidak,please dgr kata kerajaan,jgn ketegaq sgt! Nat cool ? #bravomalaysia ?? #siapamakancilidiarasapedas
A post shared by farahdhiya_fd (@farahdhiya_fd) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live