,
Covid-19

#MYHero: Hati Terusik, Pesara Ini Sudah Cukup Bahagia Dapat Bantu Jahit PPE Untuk Frontliners

Mya Amri
12/04/2020
11:57 MYT
Dapat menyumbang bakti kepada petugas barisan hadapan sudah cukup membahagiakan seorang pesara wanita, Zaini Mohd Nor, 59, lapor Awani.
Zaini memberikan sumbangan dengan cara membantu menjahit peralatan perlindungan diri (PPE) bagi kegunaan barisan hadapan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Menurut Zaini, bagi membantu rakan setugasnya dia tidak teragak-agak menghubungi urusetia projek inovasi PPE, Unit Kawalan Jangkitan dan Epidemiologi Hospital (UKJEH) HUSM menawarkan diri sebagai sukarelawan untuk menjahit dan menghasilkan PPE.
Dia yang juga mantan Ketua Unit, Unit Rekod Perubatan HUSM berkata, meskipun sudah bersara secara pilihan pada 1 Oktober 2018 dan sudah tidak lagi menggantungkan kad kakitangan di leher seperti kebiasaan bukanlah halangan untuk terus menyumbang bakti. "Hati saya terusik dan sedih melihat keadaan petugas barisan hadapan negara dalam memerangi wabak Covid-19 kerana ada di antara mereka yang mempunyai kemahiran menjahit terpaksa mencuri masa untuk menjahit PPE walaupun ketika itu mereka sepatutnya habis berkerja.
"Saya terharu melihat kesungguhan semua pihak yang turun padang membantu, mengorbankan masa serta tenaga bersama-sama menghadapi krisis COVID-19 ini dan saya berasa terpanggil untuk turut serta biarpun hanya di belakang tabir.
"Ianya cukup bermakna kepada saya apatah lagi dengan kesungguhan kakitangan serta penuntut USM yang begitu komited melakukan kerja masing-masing apabila ada di antara mereka yang memotong kain dan menjahit dan untuk menyiapkan set PPE bagi menampung keperluan di HUSM," katanya.
Tambah Zaini lagi dengan kebolehan menjahit yang ada, dia berasa puas apabila dapat menyediakan PPE untuk kegunaan petugas perubatan mahupun petugas di makmal USM.
"Dalam menangani penularan wabak COVID-19, pelbagai pihak membantu menyalurkan sumbangan dalam pelbagai bentuk bagi membantu keperluan petugas barisan hadapan khususnya kakitangan kesihatan yang memerlukan PPE dalam melakukan saringan dan merawat pesakit COVID-19.
"Banyak pihak tidak kira dalam sektor kerajaan, swasta, syarikat-syarikat korporat, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun individu perseorangan yang mengambil inisiatif menjahit PPE untuk disumbangkan agar keselamatan pasukan petugas perubatan terjamin," katanya. Zaini berkata, ketika masih bertugas di HUSM, dia pernah beberapa kali terbabit dengan krisis-krisis kesihatan serta penyakit yang melanda seperti Mers-CoV dan SARS, namun ianya hanya di tahap epidemik.
"Bagaimanapun, penularan wabak COVID-19 yang dikategorikan sebagai pandemik ini agak berbeza sehingga ianya mengorbankan berpuluh-puluh ribu nyawa di seluruh dunia.
"Jika hendak diikutkan rasa takut, semua orang takut dengan musuh yang kita tidak nampak ini, namun dia sentiasa memohon kepada Allah SWT supaya dirinya dan semua umat manusia dilindungi daripada wabak ini," katanya lagi.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

"Terlalu Banyak Nak Dikongsikan, Hati-Hati Dengan Fitnah ..." - Vivy Yusof

gempak
30/10/2024
03:25 MYT
Usahawan popular Datin Vivy Yusof tampil berkongsi keadaan terkininya dan respon terhadap desakan netizen yang mahukan beliau tampil memberikan kenyataan selaku pengasas Fashion Valet.
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Unitar