Covid-19
#MyHero: “Penyelamat Kasut Cik Misi”, Lelaki Ini Repair Kasut Untuk Frontliner Secara Percuma
Sejak penularan wabak COVID-19, rakyat Malaysia tampil dengan pelbagai inisiatif untuk membantu petugas barisan hadapan.
Semakin ramai yang ingin berbakti kepada wira negara yang bertungkus-lumus tanpa mengira masa memerangi wabak pendamik itu.
Baru-baru ini menerusi laman Twitter, seorang anak muda berhati mulia menawarkan khidmat membaiki kasut secara percuma buat petugas barisan hadapan.
Dikenali sebagai Abdul Ghafur, pemuda ini mengakui inilah salah satu cara bagi dirinya untuk menolong meringankan beban petugas barisan hadapan.
“Untuk jururawat, doktor, polis dan petugas barisan hadapan yang berada du MELAKA, saya tidak akan mengenakan sebarang bayaran untuk membaiki kasut semasa RMO. Manakala bagi luar kawasan Melaka, anda hanya perlu membayar untuk servis penghantaran sahaja.
“Saya tidak tahu untuk menolong anda tapi inilah yang saya dapat lakukan buat anda semua. Terima kasih,” tulisnya
Tindakan pemuda itu ternyata mendapat pujian ramai dan rata-rata bangga dengan sikap prihatinnya.For nurses, doctors, police, basically frontliners in MELAKA, I won’t charge you any for stitching service during RMO.Outside Melaka, you just have to pay for courier service.Idk how to help so this is the least I could do. THANKS! https://t.co/FaXgbgbaA1 pic.twitter.com/DAff1QSKhs— Abdul Ghafur (@laa1a) April 5, 2020
Tidak kurang juga ada yang menganggap Ghafur sebagai penyelamat petugas barisan hadapan.
Wow! You’re the man! Anda memang hero! Kami di Gempak doakan semoga anda dimurahkan rezeki.Penyelamat kasut cik misi ??♀️ masa masa nak lapor diri dekat hospital melaka lh tapak dia tercabut. Seharian pakai kasut tk de tapak ?? https://t.co/nRDFY4cpAM— ? (@_Farahanie____) April 4, 2020
Buat pembaca Gempak, anda juga boleh jadi hero!
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video