Covid-19
Nak Memulakan Perjalanan Merentas Negeri? Ikut Jadual Ini
Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 2 Mei lalu, pergerakan rentas negeri iaitu memberikan kebenaran kepada orang ramai yang berada di kampung halaman untuk pulang ke kediaman masing-masing akan bermula dari 7 hingga 10 Mei ini.
Sehubungan itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengumumkan jadual pergerakan rentas negeri bagi perjalanan yang bermula hari ini hingga Ahad.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata berkata jadual berkenaan dikeluarkan bagi mengelakkan orang ramai tiba ke sesuatu lokasi seperti di Lembah Klang serentak.
Jadual berkenaan adalah seperti berikut:
7 Mei (Khamis): Merangkumi pergerakan pulang dari Kuala Lumpur.
8 Mei (Jumaat): Merangkumi pergerakan pulang dari Perak, Johor dan Kelantan.
9 Mei (Sabtu): Merangkumi pergerakan pulang dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang
10 Mei (Ahad): Merangkumi pergerakan pulang dari Selangor, Negeri Sembilan, dan Terengganu.
Perkara itu diumumkan dalam sidang media berkenaan pergerakan antara negeri dalam tempoh PKP bersyarat (PKPB) di Bukit Aman pada Isnin lalu.
Orang ramai yang ingin berbuat demikikan boleh memuat naik aplikasi Gerak Malaysia untuk mengetahui jadual perjalanan dan kemaskini terbaru.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata, orang ramai yang memohon kebenaran untuk pergerakan rentas negeri menerusi Gerak Malaysia perlulah mengemaskini aplikasi ke versi terkini untuk maklumat destinasi.
Pemohon aplikasi Gerak Malaysia juga tidak perlu menunggu makluman atau notifikasi kelulusan permohonan mereka.
Bagi pemohon aplikasi Gerak Malaysia yang membawa sesebuah keluarga, disarankan ahli keluarga yang lain turut memohon aplikasi sama.
Bagi yang tidak mempunyai aplikasi itu, mereka boleh membuat permohonan bertulis di balas polis berdekatan namun dinasihatkan agar membuat temu janji terlebih dahulu.
Pemohon turut digalakkan memuat turun borang permohonan di laman Facebook rasmi PDRM dan mengisinya terlebih dahulu sebelum hadir ke balai polis bagi mengelakkan mereka perlu beratur panjang.
Kata Huzir, setakat hari ini sebanyak 1,238,510 orang telah memuat turun aplikasi Gerak Malaysia, dan daripada jumlah itu seramai 503,276 telah membuat permohonan rentas negeri.
Patuhilah jadual perjalanan ini, untuk kemudahan anda semua. Duduk rumah, jangan keluar jika tidak perlu kerana kita masih belum menang.
Kerap cuci tangan dan patuhi SOP untuk mengelakkan rantaian COVID-19.
Sumber: Malaysia Kini, BH Online
Must-Watch Video