Covid-19

PKPB: Pergerakan Antara Daerah Ke Daerah Dibebaskan, Tiada Had Masa Bergerak Sehingga 10 Malam, Tiada Lagi Radius 10KM

gempak
Fiza Kamarudin
05/05/2020
22:05 MYT
Sponsor Banner
PKPB: Pergerakan Antara Daerah Ke Daerah Dibebaskan, Tiada Had Masa Bergerak Sehingga 10 Malam, Tiada Lagi Radius 10KM
Had masa pergerakan kenderaan persendirian sehingga jam 10 malam terbatal dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Perkara tersebut diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media harian pada Selasa. “Melalui PKPB semua pergerakan kenderaan persendirian sudah dibebaskan. Ini termasuk pergerakan antara daerah ke daerah juga dibebaskan.
"Jadi tiada had jangka masa untuk keluar dalam peraturan baru ini," katanya.
Selain itu orang ramai juga dibenar untuk bergerak melebihi radius 10 kilometer di bawah PKPB yang berkuat kuasa bermula Isnin lalu.
Ismail Sabri berkata, peraturan itu yang terpakai dalam PKP terdahulu, sudah tidak dilaksana di bawah PKPB.
"Tidak ada lagi radius 10 kilometer dalam peraturan PKPB. Tidak ada lagi. Bagaimanapun, rentas negeri masih dalam senarai yang dilarang. Masih belum dibenarkan dalam PKPB ini," katanya. Sumber: BH Online Foto: BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024