Covid-19

'Terkurung' Kerana Covid 19, Kareena Kapoor, Selebriti Bollywood Habiskan Masa Dengan Berkebun

gempak
Maliah Surip
29/09/2020
00:57 MYT
Sponsor Banner
'Terkurung' Kerana Covid 19, Kareena Kapoor, Selebriti Bollywood Habiskan Masa Dengan Berkebun
Pandemik Covid 19 yang melanda sejak Disember 2019 ternyata merubah banyak cara hidup manusia di seluruh dunia.
Tidak terkecuali adalah para selebriti yang harus menghentikan aktiviti seni mereka kerana perlu mematuhi peraturan yang diterapkan di setiap negara demi mengekang penularan virus ini.
Seperti trend di Malaysia apabila banyak yang memilih bercucuk tanam, berkebun atau menjaga tanaman indoor, ternyata hobi ini turut dijadikan alternatif beberapa selebriti Bollywood sepanjang pandemik.
Sekadar informasi, sehingga September, India mencatat lebih empat juta kes Covid 19 dan masuk dalam kelompok tiga negara dengan penularan yang cukup tinggi.
Berikut beberapa selebriti yang menghabiskan masa mereka di rumah dengan berkebun atau bercucuk tanam.
1. Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan
Pasangan Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan diketahui memiliki 'kebun mini' di balkoni kediamannya.
Walaupun memiliki ruang balkoni yang agak terhad, kedua selebriti ini tetap bercucuk tanam dan hobi tersebut turut disertai oleh anak mereka, Taimur Ali Khan.
Paling mencuri pandangan adalah lukisan bentuk bunga yang dilukis sendiri oleh Saif Ali Khan di 'kebun mini' tersebut.
2. Akshay Kumar dan Twinkle Khanna
Akshay Kumar dan Twinkle Khanna merupakan satu lagi pasangan selebriti yang melakukan hobi berkebun bersama sama.
Diketahui keduanya bercucuk tanam termasuk sayuran di sebuah halaman yang luas.
3. Juhi Chawla
Aktres Juhi Chawla juga menjadikan bercucuk tanam sebagai 'sahabat baharunya'. Juhi diketahui menanam pelbagai jenis sayuran seperti tomato dan daun herba termasuk ketumbar.
Selain itu Juhi Chawla juga diketahui mengusahakan projek tanaman dengan nama Mega Man Made Forest dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung yang kehilangan pekerjaan sepanjang pandemik Covid 19 melanda dunia.
4. Kangana Ranaut
Cara Kangana Ranaut menghijaukan kawasan kediamannya yang merupakan apartemen adalah dengan mengupah pakar lanskap dari Oikos Ecological Solutions untuk menanam pokok yang sesuai. Selain pemilihan pokok, pihak terbabit juga perlu menyesuaikan pasu cantik yang akan disusun di balkoni kediamannya.
5. Shilpa Shetty
Seorang lagi heroin Bollywood yang selalu berkongsi aktiviti dirinya sedang menjaga tanaman di halaman rumahnya yang luas adalah Shilpa Shetty.
Shilpa selalunya akan menyiram tanaman atau berkebun selepas melakukan aktiviti yoga.
Tidak hanya memiliki tanaman jenis hiasan, Shilpa juga diketahui menanam sayuran seperti terung dan cili.
6. Mouni Roy
Berbeza dengan selebriti lain, Mouni Roy menghabiskan masa saat perlu berdiam di rumah dengan menanam pokok hiasan seperti bunga bungaan. Biarpun kawasan kediamannya tidak begitu luas, namun Mouni dilihat bijak memanfaat semua ruang yang ada.
Sumber: GQ India, intaiceleb Instagram: @imjuhichawla, @kanganaranaut, @imouniroy
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live