Dansa and Sing

"Kalau Masuk Minggu Ketiga Pun Saya Akan..." - Harris Baba Akur Tersingkir

gempak
Asraf Aided
13/01/2020
07:57 MYT
Sponsor Banner
"Kalau Masuk Minggu Ketiga Pun Saya Akan..." - Harris Baba Akur Tersingkir
Penyanyi dan peserta Dansa Dan Sing, Harris Baba akur apabila tersingkir di konsert minggu kedua Dansa Dan Sing malam tadi.
Menurut Harris, dia sudah belajar dan lakukan yang terbaik, namun masih merasakan pertandingan itu sukar buat dirinya.
"Saya harus jujur, saya kecewa sejak minggu pertama, minggu ini pun saya lagi kecewa.
"Saya sudah belajar dan lakukan yang terbaik, namun ia masih belum cukup dan saya merasakan perkara ini sukar untuk diri saya.
"Kalau saya layak untuk ke minggu ketiga sekalipun, tentu saya akan kecewa, cukuplah sampai di sini," ujarnya.
Harris berkata demikian ketika ditemui di sidang media selepas tamatnya konsert kedua Dansa Dan Sing di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor malam tadi.
Walaubagaimanapun, Harris mengatakan dia tidak bermaksud untuk mementingkan diri dan mensia-siakan skuad Unique yang mengirinya dalam pertandingan itu.
"Namun begitu, apa yang saya katakan itu tidak bermaksud saya pentingkan diri dan mensia-siakan skuad Unique, mereka banyak membantu saya, namun setakat ini sahaja yang mampu saya lakukan," tambahnya.
Guru tari terkenal, Linda Jasmine dan ikon fesyen negara, Datuk Rizalman Ibrahim telah diberi kepercayaan sebagai juri tetap dalam musim pertama ini.
Sementara itu, seorang juri jemputan akan diundang setiap minggu untuk bergandingan bersama Linda dan Rizalman.
Diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Hady Mirza, konsert mingguan Dansa Dan Sing ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123) mulai 5 Januari 2020.
Ia juga boleh distrim menerusi Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024