Dansa and Sing
"Setiap Kali Nyanyi Lagu Ini Mesti Nangis!" - Wani Kayrie Mahu Sampaikan Mesej Untuk Arwah Ayah
Bintang Dansa Dan Sing, Wani Kayrie punyai sebab tersendiri memilih lagu Ayah Ku Kirim Doa (Laoneis Band) untuk persembahan minggu keempat bertemakan ekspresi emosi.
Kata Wani, lagu itu punyai nilai sentimental tersendiri dan mahu menyampaikan mesej bermakna dalam lagu itu untuk arwah bapanya.
"Saya pilih untuk menyanyikan lagu ini kerana mahu sampaikan mesej kepada arwah ayah saya.
"Lagu ini tentang menghargai orang yang masih ada dengan kita tak kira sesiapa sahaja, ibu bapa atau orang yang kita sayang, hargai keberadaan mereka sebab kita tak tahu bila mereka akan pergi," ujarnya.
Tambah Wani, setiap kali menyanyikan lagu ini bersendirian dia akan menitiskan air mata kerana gagal menahan sebak.
"Saya sudah berjanji dengan kumpulan saya yang akan cuba tolak tepi perrasaan sedih.
"Memanglah, setiap kali nyanyi saya akan menangis tetapi saya akan kawal emosi dan berikan mesej yang baik kepada semua orang," kata Wani.
Arwah bapa Wani meninggal dunia lima hari sebelum hari jadi pertamanya akibat penyakit kanser.
Diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Hady Mirza, konsert mingguan Dansa Dan Sing ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123).
Ia juga boleh distrim menerusi Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Must-Watch Video