Dansa and Sing

"Tak Mahu Fikir Tentang Kumpulan Lain" - Shiha Zikir Mahu Elak Tekanan

gempak
Asraf Aided
23/01/2020
06:48 MYT
Sponsor Banner
"Tak Mahu Fikir Tentang Kumpulan Lain" - Shiha Zikir Mahu Elak Tekanan
Penyanyi dan peserta Dansa Dan Sing, Shiha Zikir mengambil langkah untuk tidak memikirkan tentang persembahan kumpulan lain dan hanya menumpukan sepenuh perhatian terhadap kumpulannya sendiri.
Menurut Shiha, perkara itu mampu mengelakkan tekanan pada dirinya serta ahli kumpulan Squad yang mengiringi dalam pertandingan itu.
"Untuk mengelakkan tekanan, saya mengambil langkah untuk tidak memikirkan tentang persembahan dari kumpulan lain.
"Semasa latihan juga, kami tidak akan lihat persembahan kumpulan lain, jika ada terlihat sekalipun itu secara tak sengaja sahaja," jelasnya.
Tambah Shiha, dia juga sentiasa memikirkan cara untuk sentiasa menarik perhatian pihak juri selepas menerima pujian dari juri tetap Datuk Rizalman yang mengatkan dia tidak mahu menjurikan program terbabit jika Shiha tersingkir.
Pujian itu diungkap ketika Rizalman memberi komen selepas persembahan Shiha di konsert minggu kedua.
"Memang saya gembira menerima komen sebegitu, namun tak dinafikan ia memberi tekanan kepada saya dan ahli kumpulan.
"Kami sentiasa memikirkan tentang aspek yang perlu ditonjolkan dalam persembahan seterusnya demi menarik perhatian pihak juri," tambahnya.
Selain Rizalman, guru tari terkenal terkenal Linda Jasmine juga telah diberi kepercayaan sebagai juri tetap dalam musim pertama ini.
Sementara itu, seorang juri jemputan akan diundang setiap minggu untuk bergandingan bersama mereka.
Diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Hady Mirza, konsert mingguan Dansa Dan Sing ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123).
Ia juga boleh distrim menerusi Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live