Skip to main content

“Dia Datang Setiap Malam” - Remaja Perempuan Dakwa Dirogol Datuk, Perbuatan Keji Dipercayai Berlaku Sejak Tahun Lalu

Bakar isteri

Sekilas

  • Video tular memaparkan pengakuan seorang datuk berusia 67 tahun yang didakwa merogol cucu kandungnya sejak tahun lalu, membangkitkan kemarahan ramai.
  • Mangsa utama adalah remaja perempuan 13 tahun yang tinggal bersama datuknya selepas ibu bapanya bercerai, dengan dakwaan turut melibatkan seorang lagi cucu berusia 10 tahun.
  • Kes sedang disiasat polis di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, sementara filem Good Boys Go To Heaven mengangkat tema penderitaan anak-anak dalam situasi tragis seperti ini.

Siapa sangka, insan yang sepatutnya menjadi pelindung dan tempat berteduh paling selamat buat anak-anak, akhirnya menjadi punca trauma yang bakal menghantui mereka seumur hidup.

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video berdurasi satu minit empat saat yang dipercayai memaparkan pengakuan seorang warga emas berusia 67 tahun didakwa tergamak merogol cucu kandungnya sendiri sejak tahun lalu.

Video pengakuan tersebut sudah tentu meningkatkan kemarahan orang ramai yang rata-rata mengecam perbuatan terkutuk datuk tersebut.

Mangsa dipercayai seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang tinggal bersama datuknya selepas ibu bapanya bercerai. 

Difahamkan rahsia itu terbongkar apabila ibunya ternampak mesej anaknya dihantar kepada seorang kawan.

Selepas didesak oleh ibu, barulah mangsa berani bercerita dan mendakwa dirinya selama ini terlalu takut kerana tiada siapa yang akan percaya dengan luahannya.

"Saya tak tahu mummy. Dia datang setiap malam. Nak cuba bagitahu tapi takut. Atuk kata tiada siapa yang akan percayakan saya," kata remaja itu menerusi video yang tular di media sosial. 

Dalam video tular tersebut, ibu mangsa dilihat menangis teresak-esak dan menjerit selepas mendengar pengakuan  bapa mentuanya. 

Lebih mengejutkan, kejadian berkenaan bukan kali pertama berlaku.

Malah, ada sumber lain yang melaporkan bahawa ada seorang lagi cucunya yang berusia 10 tahun turut didakwa menjadi mangsa.

Menerusi laporan media, warga emas tersebut telah ditahan reman selama enam hari dan kes sedang disiasat oleh pihak polis di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

Kisah-kisah tragis yang melibatkan anak-anak seperti ini sebenarnya turut diangkat oleh Astro Shaw menerusi filem baharu mereka, Good Boys Go To Heaven.

Filem ini menceritakan penderitaan seorang bapa (Yasser) selepas anak lelakinya dilaporkan hilang dan akhirnya ditemui mati dalam keadaan menyedihkan.

Antara yang membintangi filem tersebut termasuklah Beto Khusyairy, Zahirah MacWilson, dan Amerul Affendi.

GBGTH sudah pun mula ditayangkan bermula hari ini dan akan menemui penonton setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Citra, selain boleh distrim lebih awal menerusi Astro GO serta aplikasi Sooka bermula 12 tengah malam.

Anda mungkin berminat dengan

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

Must Watch Video

Advertisement