Skip to main content

Viral

Dilabel Mentaliti Sampah Gara-Gara Ulas Isu Curang, Ini Respons Mek Yun - “Lelaki Curang Ada Dua Sebab Saja, Sama Ada Dia…”

ASTROGEMPAK MekYun

Sekilas

  • Mek Yun menegaskan wanita tidak perlu sentiasa mengikut kehendak lelaki dan tidak salah jika lelaki curang bukan kerana perubahan wanita.
  • Beliau berkata lelaki yang curang biasanya mementingkan diri sendiri atau lemah mengawal nafsu, dan lelaki sejati tidak perlukan alasan untuk setia.
  • Mek Yun mengingatkan wanita agar tidak menyalahkan diri sendiri jika suami curang kerana kecurangan adalah pilihan, bukan kesilapan.
Advertisement

Selepas memberi pandangan mengenai isu curang di laman sosial baru-baru ini, pempengaruh Mek Yun menerima satu mesej daripada netizen yang menganggap dirinya mempunyai mentaliti ‘sampah’. 

 

Advertisement

Mek Yun atau nama lengkapnya Wee Yun Nee berkata wanita tidak dicipta untuk mengikut kehendak lelaki sepanjang masa dan 

 

“Dah banyak kali saya tengok, ada lelaki yang berfikiran macam ini. Kalau lelaki curang, memang automatik salah perempuan ke? 

 

“Memang tugas perempuan semata-mata sentiasa jadi cantik untuk lelaki ke? Ikut saja kehendak lelaki 24 jam? Kalau wanita itu dah berubah dah tak macam hari pertama, jadi itu adakah alasan untuk curang?

 

“Awak sebagai lelaki patut jadi sebab dia kembali bersinar, bukannya pergi cari perempuan lain,” tegasnya. 

 

Dalam pada itu, Mek Yun juga berpendapat kecurangan berlaku disebabkan individu tersebut bersikap mementingkan diri dan terlalu lemah untuk mengawal nafsu sendiri. 

 

“Lelaki yang curang ada dua sebab saja. Sama ada dia terlalu mementingkan diri atau terlalu lemah untuk mengawal nafsu sendiri. Lelaki yang sebenar tak memerlukan alasan untuk setia. 

 

“Peringatan juga pada wanita di luar sana, kalau suami anda curang jangan sesekali menyalahkan diri sendiri. Curang itu bukan kesilapan, curang itu pilihan,” katanya lagi. 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Mekyun (@mekyunn)

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement