TEMPATAN
Ada Wang RM3 Juta, Boleh Beli Syarikat Supercar AS
Jika bercadang mahu melibatkan diri segmen supercar dalam industri automotif dunia, modal awal yang anda perlukan cuma AS$675,000 (RM2.97 juta).
Wang itu sudah cukup untuk membeli syarikat supercar Amerika Syarikat (AS) iaitu Falcon Motorsports dan bergelar tokey baharu.

Tiada sesiapa tahu sebab utama mengapa pemilik asal mahu menjual syarikat supercar Falcon dengan harga serendah itu.

Falcon Motorsport pernah mencipta beberapa supercar sejak 2009 dan satu daripadanya ialah model F7 yang menggunakan enjin V8, casis monokok aluminium dan diperkukuh dengan gentian karbon.

Sumber: Loopnet.com
Must-Watch Video