Tempatan

Akhirnya, Honda ADV 150 Lancar Juga Di Malaysia, Harga Bermula RM11,999

gempak
Erywan
05/02/2021
12:34 MYT
Sponsor Banner
Akhirnya, Honda ADV 150 Lancar Juga Di Malaysia, Harga Bermula RM11,999
Akhirnya, Boon Siew Honda melancarkan skuter adventure yang ditunggu-tunggu menerusi Honda ADV 150 bagi pasaran Malaysia.
Boleh dikatakan hampir setahun setengah untuk menunggu skuter itu memasuki pasaran Malaysia selepas kali pertama ia diperkenalkan di Indonesia pada Julai 2019.
Skuter yang mendapat inspirasi daripada X-ADV 750cc itu mungkin memberi berita baik buat peminatnya di negara ini. Pada bahagian hadapannya, ia dilengkapi dengan pelindung angin boleh laras 2-tetapan mengikut kesesuaian tunggangan.
Menampilkan ciri skuter moden seperti teknologi LED penuh pada lampu utama, lampu siang (DRL), signal belok dan lampu belakang.
Malah, meter kelajuan menggunakan kluster instrumen LCD penuh untuk memberi pelbagai maklumat kepada penunggang membabitkan suhu luaran, tahap penggunaan bahan api, waktu dan tarikh, serta jarak perjalanan. Tidak ketinggalan juga, ia turut dilengkapi pengecas USB pada konsol storan di depan.
Suspensinya pula, bahagian hadapan menggunakan fork teleskopik, manakala dua penyerap hentak Showa dengan subtangki bagi belakang. Uniknya, skuter itu dilengkapi rim berbeza apabila di hadapan padanan 14 inci dan belakang 13 inci, selain menggunakan tayar dual-purpose.
Jarak antara badan dengan permukaan tanah mencecah 165mm sekali gus membuat skuter itu mudah merentasi jalan pelbagai keadaan. Rekaan suspensi hadapan dipadankan cakera brek bersaiz 240mm dan 220mm pada roda belakang untuk memberi cengkaman brek terbaik, selain tampak sporty. Pada masa sama, ia turut mempunyai ABS.
Honda ADV150 menggunakan enjin bersesaran 150cc dengan sejukan cecair yang menyalurkan 14.4hp dengan tork mencecah 13.2Nm.
Sistem keselamatan pula, Honda ADV 150 didatangkan dengan Honda SMART Key System, ABS, dan Emergency Stop Signal (ESS) yang akan menyalakan lampu amaran hazard secara automatik sekiranya penunggang membuat brek kecemasan.
Bagi pasaran negara ini, Malaysia, ia ditawarkan dengan warna Vivacity Red dan Matt Charcoal Gray Metallic yang dijual pada harga bermula RM11,999.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024