Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

All Stars Gegar Vaganza: “Risau Tentang Sebutan” - Siti Nordiana Nervous Nak Bawa Lagu Britney!

Mya Amri
08/11/2023 04:55 MYT
Bintang All Stars Gegar Vaganza, Siti Nordiana akui sedikit gementar untuk membawakan lagu hit berjudul Baby One More Time nyanyian asal oleh Britney Spears.

Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana, perkara yang paling merisaukan dirinya adalah sebutan Bahasa Inggeris.

“Saya memang terkejut dapat lagu Britney tapi bila tahu Tok Ram yang bagi jadi saya dah boleh agak, dia tahu kelemahan saya di situ.

“Sebab kadang-kadang bila dia cakap apa-apa saya tidak faham dan saya akan minta dia jelaskan balik dalam Bahasa Melayu.

“Bukan tidak faham semua tetapi adalah perkataan perkataan yang kurang saya fahami.

“Kerisauan saya adalah pada sebutan dan juga jiwa pada lagu tersebut. Jadi apa yang saya akan lakukan adalah saya kena dengar lagu itu banyak kali, cara sebutannya dan ikut,” kata Nana ketika ditemui Gempak.

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai persediaan untuk konsert minggu kelapan, Nana berkata dia sudah mendapat bayangan mengenai persembahannya.

“Untuk persediaan saya rasa sudah pasti memerlukan stamina yang kuat kerana lagu ini memerlukan keseronokan.

“Sebenarnya waktu persembahan lagu Temberang tempoh hari pun saya agak struggle dan untuk kali ini pula lagunya lebih nakal.

“Sejujurnya saya tidak pernah menyanyikan lagu ini untuk persembahan kecuali ketika karaoke sahaja. Insya-Allah saya akan cuba buatkan pentas itu jadi pentas yang menyeronokkan dan bawa kembali elemen 90-an,” ujarnya.

PILIHAN PEMBACA: All Stars Gegar Vaganza: “Peminat Saya Memang Ramai Dari Daerah Luar Bandar” - Siti Nordiana

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.

PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.

#Britney Spears #Gegar Vaganza #Siti Nordiana #English #GV10 #All Stars Gegar Vaganza #ASGV #Sebutan English