Bintang Gegar Vaganza All Stars, Siti Nordiana tidak terasa hati dengan juri Datuk Ramli MS yang melabelkan peminatnya sebagai ‘peminat dari daerah’.

Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya memang gemar mendengarkan dia menyanyi lagu-lagu mendayu atau leman sejak dahulu lagi.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: Siti Nordiana Akui Semput Sedikit Ketika Nyanyi Lagu Ngajat Tampi

“Kebanyakan peminat Nana datang daripada daerah luar bandar. Nana dah cuba cari lagu yang luar daripada kebiasaan, tetapi peminat masih suka saya nyanyikan lagu sedemikian, yang mendayu.

“Saya akui yang saya memang suka nyanyi lagu sebegini sebab ia kena dengan jiwa saya. Mudah bagi saya nak bawa lagu mendayu. Kalau genre lain, banyak kerja sikit, nak masuk dengan groove lagi,” katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: Kes Mahkamah Saman Lima Sekawan Tak Ganggu Fokus Siti Nordiana - "Saya Tak..."

Dalam pada itu, Nana menambah, dia banyak menyanyi lagu yang bukan daripada genre mendayu di pentas All Stars Gegar Vaganza kerana mahu mencabar diri sebagai seorang penyanyi.

“Kenapa tak banyak nyanyi lagu Leman? Sebab Nana nak cuba nyanyi pelbagai genre dan lagu menerusi All Stars Gegar Vaganza. Nak cabar diri.

“Kalau nyanyi lagu kegemaran kita, takut orang cakap tiada kelainan pula,” tutup Nana.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: 14 Tahun Menjanda, Siti Nordiana Ada Keinginan Nak Kahwin Lagi, Tetapkan...


All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.