Watch

Apa perbezaan Perodua Bezza Limited Edition? Kami ada jawapannya

Public Anonymous User
11/04/2019
05:07 MYT
Perodua membuka tirai acara Malaysia Autoshow 2019 dengan memperkenalkan Perodua Bezza Limited Edition yang ditawarkan hanya 50 unit sahaja.
Kereta edisi terhad itu berasaskan model Bezza 1.3 Premium X, tetapi dinaik taraf dengan gaya lebih sporty berbanding standard.
Apa yang membezakan Perodua Bezza Limited Edition itu, ia didatangkan dengan beberapa ciri membabitkan:
Luaran:
  1. Warna luaran Ivory White
  2. Kit badan GearUp kemasan hitam matte yang dikelilingi jejalur merah
  3. Spoiler belakang berwarna hitam matte
  4. Bumbung hitam
  5. Rim aloi berwarna kelabu gelap
  6. Cermin sisi berwarna merah pelekat bercorak geometrik pada bonet serta pada bahagian sisi
Dalaman:
  1. Sarung tempat duduk GearUp dengan kemasan jahitan merah
  2. Corong udara berwarna merah
  3. Karpet GearUp
Bagi membuatkan ia lebih eksklusif, ia hanya boleh ditempah di Malaysia Autoshow 2019 bermula hari ini sehingga 14 April 2019. Ia dijual pada harga RM44,890 atas jalan tidak termasuk insurans.
Majlis pelancaran itu disempurnakan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd, Datuk Ahmad Suhaimi Hashim.
Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ignatius Darell Leiking; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Datuk Madani Sahari dan Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Datuk Dr Zahari Husin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video