Tempatan

Audi RS6 Avant Johann Abt Signature Edition, Pilihan Bapa Yang Jiwa Kelajuan

gempak
Erywan
29/06/2021
03:53 MYT
Sponsor Banner
Audi RS6 Avant Johann Abt Signature Edition, Pilihan Bapa Yang Jiwa Kelajuan
Seperti mana yang kita tahu, majoriti model S dan RS yang dikeluarkan oleh Audi sudah diolah semula oleh ABT Sportsline, namun RS6 Avant ini dikatakan paling eksklusif di antara semuanya. Ini kerana ia didatangkan dengan ‘artifak’ yang pernah menjadi milik pengasas syarikat iaitu Johann Abt.
Dikenali sebagai ‘Johann Abt Signature Edition’, jentera ini dihasilkan bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-125 syarikat talaan itu. Hanya 64 unit akan dihasilkan dan seperti yang dijangka, semua habis ditempah.
Penampilan wagon berprestasi tinggi ini dijadikan lebih agresif menerusi komponen-komponen gentian karbon Signature Carbon Red iaitu inlet udara, lip spoiler dan skirt belakang. Kit ini memberikan ‘downforce’ tambahan sebanyak 150kg pada gandar belakang.
Selain itu, ia memakai rim berukuran 22 inci yang mana setiap satu daripadanya dikatakan 3.5kg lebih ringan berbanding rim asal. ABT turut menggunakan sistem suspensi boleh laras dan anti-roll bar untuk mengurangkan ketinggiannya, di samping mengurangkan olengan badan.
‘Artifak’ dimaksudkan serpihan andas dari bengkel besi Johann Abt yang dibuka pada 1896. Ia disimpan di dalam sebuah kapsul masa yang diperbuat daripada aluminium pada konsol tengah. Selain itu, model edisi terhad ini turut didatangkan dengan kemasan gentian karbon serta tulisan “Since 1896” pada tempat duduk, panel pintu dan perehat tangan.
Dengan modifikasi seperti pengecas turbo baharu, intercooler lebih besar dan unit kawalan enjin, enjin 4.0 liter twin-turbo V8 itu kini menjana 800PS, iaitu 200PS lebih tinggi berbanding sebelum ini. Tork yang dihasilkan adalah 980Nm, namun pelanggan boleh meminta ABT untuk menaikkannya sehingga 1,000Nm.
Dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan pacuan quattro, RS6 Avant Johann Abt Signature Edition mampu melakukan pecutan 0-100km/j dalam 2.91 saat, 0.69 saat lebih pantas berbanding model standard. Ia memerlukan 9.79 saat untuk mencapai kelajuan 200km/j dan 28.35 saat untuk mencapai 300km/j, sebelum mencecah kelajuan maksimum 330km/j.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live