Tempatan

Baby Harley-Davidson Semakin Nyata

Erywan
24/03/2021
07:39 MYT
Impian untuk melihat model baby Harley-Davidson semakin cerah selepas gambar daripada dokumen yang difailkan pengeluar motosikal China, Qianjiang Motor tular di internet. Sebelum ini, hanya gambar lakaran baby Harley tersebar di internet sejak dunia dimaklumkan mengenai kerjasama Harley-Davidson dan Qianjiang Motor.
Secara ringkas, ramai sedar Harley-Davidson ada masalah meneruskan bisnes di Amerika Syarikat dengan keadaan perniagaan yang agak tenat dan mereka perlu menghasilkan produk yang benar-benar dapat diterima oleh ramai pengguna.
Dari situ, timbulnya idea kerjasama dengan Qianjiang Motor untuk mencipta baby Harley di China untuk pasaran Asia termasuk Asia Tenggara. Qianjiang Motor sudah memfailkan nama SRV300 di China dan masih memakai lencana Qianjiang Motor.
Ada potensi model berkapasiti 300cc ini akan dieksport ke rantau Asia Tenggara, tetapi sebagai baby Harley-Davidson. Perkara ini dikuatkan dengan beberapa ciri pada motosikal terbaharu itu.
Pertama, SRV300 menggunakan enjin V-twin baharu walaupun bersesaran 296cc. Ini boleh dianggap sebagai enjin V-Twin paling kecil yang menggunakan lencana Harley-Davidson. Malah reka bentuk SRV300 juga meniru beberapa gaya model Sportster Iron 883 dan Street 750.
Enjin SRV300 boleh jana 30hp dan angka ini sudah pastinya ada aura menarik minat ramai pembeli di Asia. Harley-Davidson sudah membentangkan strategi mereka dan Asia Tenggara mungkin penyelamat syarikat itu seandainya baby Harley mampu memanfaat potensi saiz pasaran besar di Asia Tenggara dan memberi fokus kepada golongan pembeli kelas pertengahan.
Ini adalah langkah pertama meneroka segmen motosikal kecil oleh Harley-Davidson, jika berjaya lembaga pengarahnya boleh tidur lena.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Harley Davidson Petaling Kali Kedua Raih Selepas Jualan Terbaik Rantau Asia

gempak
24/08/2021
06:41 MYT
Ini membuktikan kecekapan juruteknik dalam memberikan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik kepada pemilik Harley Davidson di negara ini.
drebar

Harley-Davidson Pan American 1250 Bakal Lancar Jun Ini Di Malaysia, Harga Bermula RM99,000

gempak
26/03/2021
10:20 MYT
Harley-Davidson umumkan harga model keluaran 2021untuk pasaran Malaysia.
drebar

Harley-Davidson lancar FXDR™ 114 di AOS 2019

gempak
28/07/2019
07:08 MYT
FXDR ™ 114 adalah model ke-10 Harley-Davidson yang berasal dari platform Softail dan menerapkan ciri motosikal drag.
drebar

Harley-Davidson Fat Boy dalam bentuk LEGO dijual bermula 1 Ogos ini

gempak
11/07/2019
07:04 MYT
Model LEGO itu mempunyai 1,023 blok yang turut hadir bersama rim, tangki, meter kelajuan dan dua ekzos.