Tempatan

Bagaimana Cara Mengurangkan Titik Buta Ketika Memandu

gempak
Erywan
20/08/2021
06:04 MYT
Sponsor Banner
Bagaimana Cara Mengurangkan Titik Buta Ketika Memandu
Setiap kereta masa kini akan didatangkan dengan ciri keselamatan titik buta. Sudah menjadi ciri standard bagi kenderaan empat roda supaya membantu pemandu melihat bahagian yang terlindung dan amaran akan diberikan menerusi kelipan lampu kecil pada cermin sisi.
Apakah Titik Buta
Pentingkah ciri keselamatan titik buta dalam kereta?. Jawapannya penting kerana ciri itu masuk dalam jajaran penyebab tingginya kecelakaan lalu lintas. Walaupun kita sudah biasa mendengar ciri keselamatan itu, namun ramai yang mengabaikannya.
Sebagai maklumat, titik buta antara satu kereta dengan kereta yang lain berbeza. Mengapa setiap kenderaan memiliki titik buta yang berbeza?, ini kerana terkait dengan pelbagai faktor.
Beberapa faktor yang menyebabkan perbezaan itu adalah jangkauan cermin sisi yang cukup terhad, muatan yang dibawa menghalangi pandangan, dan rekaan kenderaan juga berbeza.
Selain pemandu, pengeluar kenderaan juga sudah mempertimbangkan titik buta yang akan dialami setiap pemandunya. Dengan seiring berkembangnya zaman, banyak pengeluar kereta ternama sudah menawarkan ciri baharu bagi mengurangkan titik buta yang dialami oleh pemandu.
Meski sekarang sudah ada ciri baharu, pemandu juga harus tetap waspada dan berhati-hati memperhatikan keadaan sekeliling ketika memandu.Jadi ini yang anda perlu lakukan untuk mengurangkan titik buta.
Laraskan Cermin Sisi
Cermin sisi adalah satu daripada komponen penting dan untuk mengurangi titik buta ketika memandu, sebaiknya periksa dan laraskan cermin sisi sebelum bergerak. Bagi kereta terdapat tiga jenis cermin iaitu kiri, kanan dan belakang. Pastikan untuk memeriksa keadaan kedudukan tiga cermin tersebut apakah sudah sesuai atau belum.
Tambah Cermin Bahagian Titik Buta Cermin
Selepas mengatur cermin sisi dengan betul kadang-kala anda merasakan luas bahagian pandangan masih kurang besar. Untuk mengatasi hal ini, pemandu boleh memasang cermin tambahan yang dapat membantu mengurangi titik buta ketika memandu. Perlu diketahui, jika anda menggunakan cermin cembung sebagai tambahan, harap diperhatikan dalam penggunaannya kerana bayangan cermin cembung lebih jauh daripada jarak aslinya.
Inilah yang menjadi fungsi utama dari kaca tambahan iaitu untuk meluaskan ruangan pandangan ke bahagian yang terlalu belakang. Jadi lokasi yang tepat adalah memasang di bahagian atas atau bawah cermin sisi utama bahagian dalam.
Berada Di Zon Terbuka
Lebih baik berada di ruangan selamat dan terbuka. Jangan berada di celah-celah antara satu kenderaan dengan kenderaan lainnya. Hal ini sangat membahayakan kerana terhimpit dalam dua kenderaan sekali gus.
Perhatikan Keadaan Jalan
Keadaan jalan juga mempengaruhi titik buta buat pemandu. Jika sedang dalam trafik padat, jangan memandu dengan laju dan apabila bertemu dengan trak atau kenderaan lebih besar dari kereta anda sebaiknya hindari sedikit dan tidak berada berdekatan. Hal ini dapat menimbulkan bahaya jika pemandu tersebut tidak boleh melihat anda.
Jangan Memotong Di Sebelah Kiri
Apabila mahu memotong perhatikan keadaan sekeliling supaya selamat. Jangan memotong di sebelah kiri kerana pemandu yang berada di sebelah kanan akan sukar melihat anda sekiranya memotong di sisi kiri. Anda juga harus memperhatikan kereta di belakang. Pastikan tidak ada kenderaan di belakang juga ingin memotong pada waktu sama.
Condongkan Badan Ke Kiri Ketika Membelok Ke Kanan
Tips yang selanjutnya adalah condongkan badan ke arah kiri apabila ingin membelok ke kanan. Ini dilakukan bagi meminimumkan titik buta dari arah tiang-A yang berada di sisi kanan. Banyak pemandu yang melakukan tips ini untuk mengurangkan titik buta.
Menggunakan Sensor Moden
Teknologi yang berkembang begitu pesat membawa perubahan dalam banyak hal termasuk pengangkutan. Terdapat ciri sensor moden yang boleh membantu anda sebagai pemandu untuk mengurangi titik buta. Terdapat beberapa versi dari sensor ini boleh dipilih. Paling canggih adalah sensor jarak yang sudah digabungkan langsung dengan brek secara automatik. Harganya memang cukup mahal, namun peralatan ini sangat disarankan untuk mengurangkan titik buta.
Memantau Guna Kamera Video
Zaman sekarang memang sudah banyak yang boleh dilakukan dengan menggunakan telefon pintar. Mengurangi titik buta adalah satu daripadanya. Anda boleh memanfaatkan kamera video yang ada di telefon pintar untuk menjadi pemantau titik buta. Selepas itu, anda boleh melihat hasil pantauan dari layar papan pemuka. Cara ini dinilai efektif untuk mengurangi titik buta ketika memandu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live