Nampaknya, macam gaya Liberty Walk dari Jepun tetapi ia bukan. Ala-ala sama? Macam sama. Elok anda nilaikan sendiri.

Jentera BMW M2 dengan salutan warna hijau pucat ini dibina oleh sebuah firma Jerman iaitu Z Performance.

Syarikat itu sebenarnya lebih popular dan dikenali dengan tawaran pelbagai jenis rim menakjubkan.

BMW M2 ini menjadi lebih besar hasil pemasangan set kit badan dari pihak Zacoe Performance. M2 ini dipasang lip hadapan, spoiler bersaiz besar, peresap udara, perumah cermin dan sepasang skirt sisi baharu yang diperbuat daripada gentian karbon. Rim dipasang berukuran 20 inci menjadikannya lebih garang.

BMW M2 ini menggunakan sistem ekzos baharu Remus.

Jentera itu dilengkapi enjin 3-liter, 6-silinder sebaris dengan teknologi M TwinPower Turbo dan pengecas turbo TwinScroll.

BMW M2 boleh menghasilkan 370hp dan tork 465Nm. Tidak cukup dengan itu, jumlah tork boleh mencapai setinggi 500Nm dalam tempoh singkat menerusi fungsi ’overboost’.

Dipadankan dengan kotak gear klac berkembar M tujuh kelajuan dan fungsi ‘Launch Control’, BMW M2 Coupé mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa hanya 4.3 saat.

Satu ciri menarik yang dipadankan dengan model ini adalah ‘Smokey Burnout’ yang membolehkan pemandu memusingkan tayar belakang dengan ligat dan kereta bergerak pada kelajuan rendah.