Tempatan
BMW Z4 jana enjin 2.0 liter yang menyalurkan 258hp
BMW Malaysia melancarkan jentera roadster terbarunya menerusi model BMW Z4 bagi pasaran di negara ini.
Model roadster itu yang ditawarkan di negara ini hanya satu varian sahaja iaitu BMW Z4 sDrive30i M Sport yang berupaya mencecah kelajuan 0-100 km/j dalam masa 5.4 saat sahaja.
Prestasinya, ia menggunakan enjin empat silinder 2.0 liter yang menjana 258hp dengan puncak tork sehingga 400Nm. Ia mampu memecut sehingga 250km/j.
Pada masa sama, ia menawarkan komponen canggih dalam industri automotif seperti transmisi ‘Steptronic Sport’ lapan kelajuan, suspensi M Sport dan Variable Sport Steering.
Ruang dalamannya direka lebih menfokuskan kepada pemandu yang mana ruang kokpit dua tempat duduk serba sporty dan bumbung kanvas klasik, sekali gus membolehkan merasai sebuah kenderaan premium sebenar.
Ia juga dilengkapi BMW Live Cockpit Professional yang diletakkan secara strategik di paras yang sesuai, paparan informasi sesentuh sentral membekalkan pemandu informasi secara langsung.
Menariknya, BMW Z4 baharu menampilkan ciri BMW Digital Key yang membolehkan pemandu mengakses kenderaan itu dengan penggunaan telefon pintar Android yang tertentu.
Kunci digital ini menggunakan teknologi Near Field Communication (NFC) untuk membolehkan kereta sport mewah dibuka dan dikunci menggunakan telefon pintar.
Dari segi penawaran warna, BMW Z4 didatangkan empat warna luaran membabitkan merah (San Francisco Red), biru (Misano Blue), hitam (Black Sapphire) dan putih (Alpine White).
Bahagian dalaman pula ditawarkan warna hitam (Black décor) juga dengan sulaman berwarna hitam, warna merah (Magma Red) dengan sulaman hitam atau warna perang-merah (Cognac) dengan sulaman hitam. Harga bagi BMW Z4 sDrive30i M Sport dijual pada RM479,800.
Dengan ‘Balloon Financing Plan’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW Z4 sDrive30i M Sport boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula daripada RM5,478 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).
Must-Watch Video